Anak kedua kepada Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal melahirkan perasaan bersalah kerana memberitahu kaunselor sekolah bahawa dia dipukul ibu bapanya sehingga menyebabkan pasangan itu didakwa di mahkamah. Rakaman video mengandungi keterangan Ammar, 12, ditayangkan menerusi layar projektor di Mahkamah Daerah Solna 4, pada hari ketiga perbicaraan, semalam.

“Saya tidak tahu adalah salah untuk memukul kanak-kanak di Sweden, tetapi sekarang saya faham, dan saya tahu kenapa,” katanya sambil menambah dia tidak sepatutnya melaporkan perkara itu kepada kaunselor sekolahnya.

Rakaman juga menunjukkan Ammar dalam nada sedih bertanyakan kepada polis wanita dengan bantuan jurubahasa, “Adakah ibu bapa saya akan dibebaskan? Agak ganjil untuk tidak melihat mereka untuk tempoh agak begitu lama”.

kes pasangan malaysia ditahan di sweden kerana pukul anak tidak solat

Azizul yang juga pengarah Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati mengaku tidak bersalah atas tuduhan berasingan mendera anak-anak mereka, Aisyah, 14; Ammar, Adam, 11 dan Ariff, 7, antara 15 September 2010 hingga 17 Disember 2013 di rumah mereka di Stockholm.

Pada keterangan lain, Ammar berkata, dia memberitahu gurunya berhubung kejadian dia dipukul itu sebelum diarah memberitahu seorang lagi guru bernama Marlin. Dia kemudian bertemu Marlin dengan ditemani rakannya yang juga terkejut mendengar kisahnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, suasana perbicaraan hari ketiga semalam menjadi hiba apabila menyaksikan rakaman video luahan anak kedua mereka, Ammar, 12, yang sedih kerana lama tidak bertemu ibu dan bapanya. Menurutnya, Ammar dan adik-beradiknya ketika itu sudah empat minggu dipisahkan daripada pasangan tersebut yang ditahan reman pihak berkuasa Sweden.

“Mendengar kata-kata Ammar itu, Azizul Raheem yang memakai baju panas hijau hanya tunduk ke lantai sementara Shalwati yang bertudung coklat pula dilihat mengesat air mata di pipinya. Rakaman Ammar panjang, kita lihat Ammar menjadi tumpuan kerana dia seolah-olah dapat memberi ‘jawapan’ yang dikehendaki pihak pendakwaan, acuh tak acuh dalam memberi jawapan dan mudah dipengaruhi seperti kenyataannya konon ‘1,000 kali telah dipukul ibu’,” katanya.

Petikan: Harian Metro dan Kosmo!

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.