Nampaknya perbicaraan melibatkan pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awalluddin dan isterinya Shalwati Nurshal yang ditahan kerana didakwa dipukul kerana tidak solat di Sweden sudah bermula. Anak bongsu pasangan itu, Arif, 7, merupakan saksi pertama yang memberi keterangan dalam perbicaraan ibu bapa mereka.

Memetik sumber mStar Online, Mahkamah Daerah Solna ketika prosiding dipertontonkan rakaman video kira-kira 136 minit temuduga polis Sweden dengan Arif yang direkodkan di hadapan kanak-kanak itu sebelum dihantar pulang ke Malaysia pada 31 Januari lalu.

kes pasangan malaysia ditahan di sweden kerana pukul anak tidak solat

Menerusi laporan tersebut, Arif berkata bapanya mencubitnya di bahagian tangan, manakala ibunya memukul dengan penyangkut baju dan sebatang ‘kayu dengan simpulan di bahagian hujung’. Pendakwa, Anna Arnell menunjukkan ‘kayu’ kepada mahkamah dan mendedahkan ia adalah rotan berukuran kira-kira satu setengah kaki panjang.

Beliau juga menunjukkan pemukul permaidani, satu lagi alat yang dikatakan digunakan untuk memukul anak-anak mereka. Arnell menjelaskan ia adalah apa yang dipanggil anak-anak pasangan berkenaan sebagai ‘rotan’. Jelasnya lagi, di Malaysia ia digunakan untuk mendisiplinkan anak-anak di sekolah dan di rumah. Penjelasannya menimbulkan kekeliruan dan kejutan kepada orang awam yang hadir.

Memetik sumber berita lain pula, lagi mengejutkan kerana anak-anak pasangan berkenaan menjelaskan dalam satu keterangan mereka berkata terpaksa menanggung penderitaan akibat kerap dipukul oleh ibu mereka. Seorang daripada anaknya pula berkata, mereka sudah tidak berasa sakit lagi akibatnya kerana sering dipukul.

Menurut laporan portal berita Sweden The Local, Shalwati dilaporkan memukul anak-anaknya untuk beberapa tahun termasuk menggunakan kayu, penyangkut baju dan juga tali pinggang.

“Saya sudah biasa dipukul oleh ibu. Dia selalu memukul saya di belakang dan di kaki, kemudian dia akan menarik telinga saya dan memukul saya di kepala,” kata seorang anak Shalwati.

Sebelum ini Shalwati, seorang guru yang kini mengambil cuti tanpa gaji kerana menemani suaminya seorang Pegawai Tourism Malaysia di Sweden, mendakwa hanya memukul anaknya itu sekali sahaja. Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awaluddin yang bertugas di Stockholm, Sweden kini sedang dibicarakan di Mahkamah Daerah Solna kerana memukul empat anak mereka berusia antara tujuh dan 14 tahun.

Menurut laporan media lain, Azizul ketika soal siasat berkata beliau hanya memukul anaknya pada kali kedua mereka sudah melakukan kesalahan untuk mendisiplinkan mereka. Antara dakwaan yang dikenakan ke atas Azizul ialah beliau memaksa seorang daripada anaknya itu untuk duduk di penjuru rumah selama lapan jam tanpa makanan.

Anak Shalwati yang berusia 12 tahun juga dilaporkan telah menulis surat meminta maaf daripada ibunya. Surat itu dimaklumkan oleh peguam bela Shalwati Kristofer Stahre kerana ia ditemui di dalam rumah ketika pemeriksaan dilakukan tetapi surat itu ditolak oleh pasukan pendakwaan untuk dijadikan bahan bukti. Pendakwa, Ana Arnell pula dilaporkan berkata surat itu tidak diambil kira sebagai bukti kerana ia adalah satu bentuk komunikasi peribadi dalam kalangan ahli keluarga.

Shalwati dan Azizul didakwa memukul anak mereka di rumah mereka di Stockhoml antara 15 September 2010 hingga 17 Disember 2013. Mereka berdua bakal berdepan hukuman penjara antara enam bulan dan enam tahun bagi setiap pertuduhan. Perbicaraan ditetapkan berlangsung selama 10 hari sehingga 10 Mac depan. Pasangan itu ditahan pada 18 Disember tahun lepas kerana didakwa memuduk anak mereka kerana tidak menunaikan solat.

p/s: Kenyataan anak pasangan ini nampak seperti bakal memberi padah kepada ibu bapa mereka. Namun ammboi pasti mereka tidak berniat begitu. Mungkin sebagai kanak-kanak, apabila ditanya adakah ibu bapa kamu pernah memukul kamu, dia akan berkata jujur ‘ya’, kerana dia memang dipukul. Tetapi sebenarnya untuk beri pengajaran kerana melakukan kesalahan dan sebagainya. Yang peliknya, pihak di Sweden ni tak ambil kira langsung bab PENGAJARAN tu, hanya tahu tak boleh pukul anak???


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.