Anak Rina Meninggal Dalam Perut | Selepas Rini kehilangan anak tercinta pada 17 Ogos 2012 lalu, semalam, 18 September 2012 adik kembar kepada Rini iaitu Rina pula mengalami nasib yang sama apabila anak di dalam kandungannya disahkan meninggal dunia.

“Ikutkan semalam Rina pergi untuk mengadakan pemeriksaan seperti biasa di Hospital Kajang, tapi ketika pemeriksaan dijalankan doktor memberitahu anak di dalam kandungan sudah tidak bernyawa. Bagaikan tidak percaya, Rina membuat imbasan semula dan hasilnya juga sama. Bagaimanapun Rina reda dan menerima ketentuan Ilahi. Apa yang saya lihat, Rina cukup kuat menerima musibah tersebut,” ujar Rini kepada portal hiburan MH Online.

Bermula semalam, Rina sudah dimasukkan ke wad dan diberikan ubat bagi memudahkannya bersalin. Sebelum ini, Rina juga pernah mengalami keguguran di awal perkahwinan sebelum disahkan mengandung kali kedua. Takziah buat Rina dan keluarga.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.