Kejadian ini berlaku di Kota Kinabalu. Menurut sumber info, ibu kepada seorang anak yang terkunci dalam kereta, enggan memecahkan cermin keretanya sehingga diberikan RM200.

Anak terkunci dalam kereta tetapi ibu minta RM200 baru boleh pecahkan cermin kereta – Menurut saksi, wanita terbabit meninggalkan anaknya yang dipercayai berusia 7 atau 8 tahun di dalam kereta sementara dia dan anak perempuannya yang berusia 5 tahun pergi ke sebuah restoran berhampiran di Bandaran Berjaya pada tengahari tadi.

“Saya sedang makan di dalam restoran dan ternampak wanita itu keluar. Selepas seketika, saya ternampak dia kembali dan cuba membuka pintu keretanya tetapi gagal,” kata saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Hiew.

Orang ramai yang berkerumun di tempat kejadian menasihatkan agar wanita itu membenarkan mereka memecahkan tingkap keretanya untuk mendapatkan anaknya tidur dalam kereta yang enjinnya masih hidup.

ANAK TERKUNCI DALAM KERETA TETAPI IBU MINTA RM200 BARU BOLEH PECAHKAN CERMIN KERETA

Namun wanita itu enggan membenarkan mereka memecahkan cermin keretanya. Bagaimanapun, setelah diberi RM200 oleh dua orang lelaki, barulah dia membenarkan mereka memecahkan cermin keretanya. Budak lelaki yang terjaga dari tidurnya kerana keadaan yang bising di luar kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seorang pegawai perubatan yang kebetulan tidak bertugas pada ketika itu memeriksa keadaan mangsa sementara menunggu pihak perubatan sampai ke tempat kejadian. [sumber]


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.