Esok bermulanya kejohanan bolasepak berprestij eropah, EURO 2012 yang akan berlangsung di Poland dan Ukraine. Sebelum terlambat ammboi nak kongsikan Analisa 16 Pasukan Akhir EURO 2012 dan beberapa info mengenai pasukan EURO 2012. Sebelum ini ammboi ada post mengenai Analisa 16 Pasukan Akhir EURO 2012 – Bahagian 1. Jadi ini pula bahagian keduanya, melengkapkan senarai 16 pasukan yang akan bertanding.

ANALISA 16 PASUKAN AKHIR EURO 2012 – BAHAGIAN 2

KUMPULAN C

SEPANYOL – Pasukan kegemaran ramai dan jarang sekali peminat setia dikecewakan. Xavi Hernandez, Fernando Torres dan penjaga gol sensasi Real Madrid, Iker Casillas pastinya sudah bersedia untuk mempertahankan kejuaraan.

ITALI – Dahulu, tempat empat teratas itu sudah terjamin. Kejohanan ini menjadi medan ujian samada pelapis Itali mampu mengucar-kacirkan kubu lawan atau tidak.

CROATIA – Bukan nama tetapi bukan juga boleh diperkecilkan. Bijak mengatur langkah siapa tahu, Croatia boleh menguasai perlawanan-perlawanan tertentu untuk mara ke pusingan suku akhir.

REPUBLIK IRELAND – Dari segi kuasa bintang, Richard Dunne dan Robie Keane kunci utama yang dilihat mampu memberikan persembahan menarik.

KUMPULAN D

UKRAINE – Teruja atas peluang pertama kali, pasukan ini boleh berbangga dengan bintang Andriy Shevchenko, walau kian berusia faktor beraksi dalam acara berprestij pasti membakar semangat bertahan untuk tidak menghampakan penonton tempatan.

PERANCIS – Persembahan Perancis ada pasang surutnya, namun mereka pasti mahu memperbaiki kedudukan. Karim Benzema tentu akan berusaha merealisasikannya.

ENGLAND – Dengan jurulatih baru yang bakal mengemudi pasukan bintang England ini, Roy Hogson dilihat mempunyai peluang yang agak sukar diramalkan walaupun dibarisi ramai pemain senior yang berstatus tinggi. Apatah lagi pada 3 perlawanan awal England akan beraksi tanpa Wayne Rooney akibat pergantungan. Apapun England antara pasukan pilihan ramai dan sudah pasti peluang untuk mereka mara ke pusingan seterusnya dilihat cerah.

SWEDEN – Umpama watak hero paling disenangi, dicari-cari dalam setiap plot cerita, pasukan ini akan mengundurkan diri memberi laluan kepada hero sebenar di pengakhiran cerita.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.