Anas (Mentor) Curang? Ada Hubungan Dengan Ana Syuhada? | Anas (Mentor 6) telah dituduh curang kepada kekasihnya. Bagaimanapun, Anas enggan mengulas mengenai tuduhan berkenaan. Tuduhan itu dilemparkan kepadanya  selepas dia dikatakan intim dengan seorang finalis program itu, Ana Syuhada Noor Asram.

Anas atau nama sebenarnya Anas Ridzuan, 23, berkata, perkara tersebut sama ada benar atau tidak adalah urusan peribadinya dan dia berhak untuk tidak memberikan komen lanjut berhubung tuduhan tersebut. Katanya dia tidak mahu ulas lanjut mengenai perkara (curang) itu kerana ia adalah urusan peribadinya. Beliau juga mohon perkara itu dihormati. Jelasnya dalam portal mStar Online.

Mengenai desas-desus kononnya dia sedang menjalin hubungan dengan Ana Syuhada, Anas berkata, keakrabannya dengan bekas protege kepada Ramlah Ram itu hanya berlandaskan hubungan persahabatan.

“Memang saya rapat dengan Ana sejak dalam Mentor lagi. Kami serasi dan dia banyak berkongsi ilmu mengenai aspek vokal tetapi hanya kawan biasa. Buat masa ini, kami belum sampai ke tahap bercinta. Saya memang menyenangi Ana tetapi banyak perkara yang perlu saya kenali sebelum memikirkan soal bercinta,” hurainya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.