Kota Damansara, 1 Ogos, 2012 – Antabax, rangkaian penjagaan diri antibakteria yang dipercayai dan inovatif melancarkan satu kempen kutipan derma sebagai sokongan kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara Malaysia dengan kerjasama daripada rangkaian gedung terkemuka, Giant.

Ms Angeline Sim, Group Product Manager, Household & Personal Care, Marketing Division of Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd (left) with Ms Ranjit Kaur,Chief Executive Officer of BCWA and Ms Norine Erica Majaman, Marketing Manager of GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd launching the Give Hope Receive Health Fundraising Campaign in support of BCWA at Giant Kota Damansara

Kempen ini yang akan berlangsung bermula 28 Julai sehingga 31 Ogos 2012 dan sebanyak 10 % hasil jualan daripada kesemua rangkaian produk penjagaan diri antibakteria Antabax dari mana-mana 127 cawangan Giant di seluruh negara akan disalurkan kepada BCWA untuk membantu persatuan tersebut dalam program komuniti amal mereka

Members of the public finding out more on screening techniques for breast cancer as demonstrated by BCWA volunteers

Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara (BCWA), ditubuhkan pada 1986 dan bertujuan untuk mencegah kematian pramatang yang disebabkan oleh kanser payu dara dan memperbaiki kualiti hidup mereka-mereka yang menghidapi kanser payu dara. Persatuan ini menyediakan sokongan secara emosi, sosial dan kebendaan kepada individu yang menghidap kanser payu dara, mengukuhkan kemampuan penghidap kanser payu dara untuk mengurus diri mereka semasa dan selepas rawatan dan juga mempromosikan pendidikan awam berkenaan kesihatan umum dan isu kesihatan payu dara kepada masyarakat termasuklah saringan awal kanser payu dara.

Kanser payu dara adalah kanser yang paling tinggi jumlahnya dikalangan wanita Malaysia dengan seorang daripada 20 orang mungkin akan menghidapi kanser payu dara dalam hidup mereka. Lebih daripada 50 peratus kaum wanita mendapatkan rawatan perubatan di peringkat akhir penyakit tersebut disebabkan stigma sosial dan sikap negatif masyarakat negara ini. Dengan rawatan perubatan pada peringkat awal penyakit ini, seorang wanita mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk terselamat dan boleh meneruskan kehidupan secara normal sebagai seorang isteri, ibu dan wanita yang berkerjaya.

Ms Ranjit Kaur,Chief Executive Officer of BCWA, explaining to Ms Angeline Sim, Group Product Manager, Household & Personal Care, Marketing Division of Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd and Ms Norine Erica Majaman, Marketing Manager of GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd on how to screening for breast cancer

Antara acara-acara yang telah dilangsungkan termasuklah ceramah daripada kakitangan penjagaan kesihatan BCWA mengenai ‘Saringan Awal untuk Mendapatkan Kelangsungan Hidup yang lebih baik telah dihadiri oleh orang ramai, pesakit kanser payu dara serta keluarga mereka yang disokong oleh rangkaian bekas penghidap kanser di bawah seliaan BCWA turut membantu berkongsi maklumat secara umum samada didalam kumpulan atau secara individu bersama orang yang memerlukan nasihat, motivasi dan ketenangan.

Menurut cik Angeline Sim, Pengurus Produk Berkumpulan, Isi rumah dan Penjagaan Diri, Bahagian Pemasaran, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, jenama ini sedang meluaskan usaha kebajikan masyakat dengan menyokong lebih banyak organisasi, dan BCWA adalah organisasi pertama yang melibatkan kesihatan kaum wanita.

“Kami telah melibatkan diri secara aktif dengan program komuniti amal sejak tahun 2009 dan telah melebarkan bantuan dan kumpulan yang kami sokong dari tahun ke tahun. Ini adalah perkara yang perlu dilakukan dan kami gembira dapat memberi pertolongan kepada BCWA. Slogan kempen kami iaitu ‘Harapan Diberi, Kehidupan Sihat Dirai’ memberi gambaran jelas mengenai pendekatan jenama kami iaitu kami perlu memberi harapan kepada mereka yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapatkan kehidupan yang sihat” Kata Cik Sim.

MURNI (Mobile Clinic) – will be at selected Giant Hypermarkets to allow screening and counseling as part of the Give Hope Receive Health campaign

“Ini adalah kali pertama kami memberi sokongan kepada organisasi wanita. Selain daripada kutipan derma, kami turut berkerjasama dengan BCWA dalam memupuk kesedaran yang lebih meluas berkaitan dengan penyakit yang ditakuti dan digeruni oleh kaum wanita ini dengan menyemai mesej-mesej positif kepada masyarakat bahawa saringan awal mampu menyelamatkan nyawa ,” tambah Cik Sim.

Ms Norine Erica Majaman, Marketing Manager of GCH Retail (M) Sdn Bhd berkata: “Giant sangat berbangga untuk bersama-sama membawa kekuatan rangkaian gedung kami yang strategik dalam membantu mengutip derma kepada BCWA. Kesemua 127 cawangan kami di seluruh Malaysia akan menyertai program ini.” Beliau berkata.

Bercakap mewakili pihak BCWA, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ranjit Kaur berkata bahawa BCWA sangat memerlukan dana dan sokongan yang dapat membantu persatuan tersebut meneruskan misi mereka meningkatkan kualiti kehidupan wanita penghidap kanser payu dara dan membina masyarakat yang sentiasa bermaklumat berkenaan dengan kesihatan dan kanser payu dara.

The Interior of the MURNI Mobile Clinic

“Meskipun BCWA mempunyai rangkaian kukuh dari segi pengurusan dan jururawat serta sukarelawan yang terdiri daripada bekas pesakit dan penyokong, kami masih memerlukan dana yang kukuh untuk pelbagai program termasuklah pendidikan awam, pemeriksaan secara klinikal serta program penjagaan sokongan, pertolongan dari segi material dan memandu arah mereka-mereka yang menghidapi kanser payu dara. Inisiatif kempen kutipan derma ‘ Harapan Diberi, Kehidupan Sihat Dirai’ inisiatif daripada Antabax dan Giant ini sangat dihargai kerana ianya akan memberi manfaat kepada keseluruhan tujuan dan objektif kami . Kami turut berterima kasih kepada Antabax yang membantu dalam menganjurkan program kesedaran BCWA dengan mengendalikan bersama ceramah kesedaran ini.” Kata Puan Ranjit Kaur.
“Mendapatkan sokongan dan maklumat yang tepat adalah cabaran yang paling besar bagi mereka-mereka yang menghidapi kanser payu dara. Bagi sesetengah keluarga, kanser payu dara seolah-olah berdepan hukuman mati. Dan disinilah kami cuba membantuk bukan sahaja menolong mereka untuk melalui dan berhadapan dengan impak kanser payu dara tetapi juga memberi bantuan untuk menghadapi dunia agar mereka dapat meneruskan hidup secara normal dengan keluarga mereka, di tempat kerja dan dalam masyarakat secara amnya.” Puan Kaur menambah.

Oleh kerana sambutan yang sangat menggalakkan diterima daripada kaum wanita dan lelaki terhadap ceramah kesihatan pertama yang diadakan ini, BCWA dengan kerjasama daripada Antabax dan Giant akan menganjurkan sessi ceramah dan program pengesanan yang lain pada tempat-tempat yang berikut ;

  • Giant Batu Caves pada 25 Ogos 2012, bermula dari jam 11 pagi sehingga 3 petang
  • Giant Shah Alam pada 8 September 2012, bermula dari jam 11 sehingga 3 petang
  • Giant Senawang, Negeri Sembilan pada 22 September 2012, bermula dari jam 11 pagi sehingga 3 petang

Jadi tumpukan perhatian kepada klinik bergerak BCWA MURNI berwarna merah jambu yang menarik akan berada di lokasi strategik di tempat-tempat yang disebutkan sebelum ini. Look out for the striking pink BCWA MURNI mobile clinics that will be strategically located at these venues. Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkenaan kempen amal Harapan Diberi, Kesihatan Sihat Dirai, sila layari www.facebook/NewAntabax .

[Siaran Media – About Communication Sdn Bhd]


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.