Anugerah Heroin Terhebat Tanda Sokongan Peminat – Yana Samsudin | Anugerah Blockbuster 2011 yang berlangsung Sabtu lepas ternyata memberikan banyak kejutan dalam pemilihan para pemenangnya. Bukan sahaja Zizan Raja Lawak yang terkejut mengatasi Aaron Aziz, malah Yana Samsudin juga tidak menjangka beliau mampu mengetepikan calon lain yang dibarisi nama-nama besar belaka.

Oleh itu, timbul pandangan sinis dari beberapa pihak yang mengatakan Anugerah Blockbuster 2011 tidak berapa bernilai kerana penilaian dibuat oleh peminat 100 peratus bukannya juri bertauliah. Namun bagi Yana Samsudin, walaupun kemenangannya sebagai Heroin Terhebat Anugerah Blokbuster 2011 ditentukan 100 peratus oleh peminat filem tempatan, Yana Samsudin tidak menganggap anugerah itu sebagai anugerah picisan. Sebaliknya, heroin pilihan ramai itu sangat menghargainya kerana ia sebagai tanda sokongan peminat terhadap kerjaya seninya.

“Ini bukan anugerah picisan. Saya sangat menghargai anugerah ini kerana ia adalah tanda sokongan peminat terhadap perjalanan seni saya. Selain itu, saya juga menggangap anugerah ini sebagai pembakar semangat untuk saya terus mempertingkatkan mutu lakonan. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mengundi nama saya, terutamanya ahli kelab peminat saya, ‘Yana SuperFriends’. Tanpa sokongan mereka, tidak mungkin kejayaan ini saya perolehi. Saya pun tidak sangka boleh menang. Ingatkan Lisa Surihani yang akan menang sebab kalau tengok di laman Facebook, memang dia berada di tempat teratas. Memang rezeki saya malam ini,” ujar Yana mengulas tentang kemenangannya pada Sabtu lalu kepada portal gua.com.my.

Dalam masa yang sama, Yana juga kurang bersetuju jika ada yang berpendapat kejayaannya itu disebabkan dia menumpang populariti gandingannya, Shahiezy Sam. Jelas Yana, dia percaya peminat memilihnya berdasarkan penampilannya dalam filem Bini-Bini Ku Gangster.

“Saya tak rasa kemenangan saya ini kerana menumpang populariti Shaheizy Sam. Tetapi saya yakin peminat memilih saya kerana karektor saya dalam Bini-Bini Ku Gangster. Dalam filem itu watak saya memang berbeza kerana ia melibatkan aksi-aksi lasak sehingga 90 peratus. Mungkin itu yang peminat suka. Saya percaya peminat sekarang sudah semakin bijak untuk membuat penilaian,” ujar Yana lagi.

Bagaimanapun, Yana tidak menolak kemungkinan kejayaannya itu disebabkan kekerapan filemnya berada di pawagam sepanjang tahun lalu dan tahun ini.

“Apabila wajah kita sering muncul di pawagam, sudah tentu peminat akan ingat dengan kita. Saya akui ia membantu peminat mengenali saya. Tetapi, filem lakonan saya tidaklah sebanyak mana pun. Masih ada pelakon lain yang mengatasi kemunculan saya,” ujar Yana merendah diri.

Setakat hari ini, Yana Samsudin mempunyai lima buah filem yang menunggu giliran untuk ditayangkan di pawagam iaitu Strawberi Cinta, Wawa Semput, Adnan Sempit 3, Minyak Dagu dan Cinta Kita.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.