Anzalna Nasir dan Hanif Zaki Tidak Boleh Berenggang? | Pelakon jelita yang banyak dikaitkan dengan kontroversi, Nur Anzalna Nasir (Anzalna), 24 mengakui tidak boleh berenggang dengan teman lelakinya, Hanif Zaki dan sering menghabiskan masa bersama.

Menurut Anzalna, dia sangat menyanjung sikap Hanif yang sangat ringan tulang selain tidak keberatan untuk menemaninya ke majlis-majlis hiburan, penggambaran drama atau filem sekiranya mempunyai masa terluang. Anzalna mendedahkan dia telah mengenali Hanif sejak lima tahun lalu dan hanya mula menjalinkan hubungan cinta setahun lepas.

Dalam pada itu, Anzalna berkata dia tidak mempersoalkan tanggapan masyarakat yang mempertikaikan keakraban mereka berdua kerana hubungan itu mendapat kepercayaan keluarga masing-masing. “Lebih baik ditemani oleh orang yang kita percayai dan sanggup mengorbankan masa dan boleh bertolak ansur untuk menemani saya,” katanya.

Sementara itu bercakap mengenai perkahwinan, Anzalna berhasrat untuk mendirikan rumah tangga pada usia 26 tahun tanpa ikatan pertunangan. Tambah Anzalna, kedua-dua mereka mengambil pendekatan untuk mengumpul wang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan menjadi suami isteri.

p/s : kalau tidak boleh berenggang pun janganlah pegang-pegang yer…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.