Niat pelakon Johan As’ari muat naik gambar bersama Shila Amzah cetus persoalan peminat. Johan As’ari akhirnya tampil mendedahkan dia tidak mempunyai sebarang agenda apabila memuat naik gambarnya bersama Shila Amzah di laman Instagram miliknya.

Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As’ari, 28, berkata, tujuan dia berbuat demikian bukan untuk mengungkit kisah lama tetapi hanya sekadar bertanya khabar terhadap bekas kekasihnya itu.

“Saya jujur dengan hati dan diri saya dan tiada sebarang niat tertentu apabila memuat naik gambar berkenaan apatah lagi cuba memikat hatinya kembali dan ia sekadar ingatan saya kepada Shila,” katanya kepada mStar Online.

johan dan shila amzah

Johan sebelum ini pernah dikaitkan dengan Shila Amzah tetapi pelakon filem Juvana itu membuat pengakuan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Lana Nordin. Bagaimanapun percintaan singkat di antara Johan dan Lana hanya kekal selama sebulan.

Dalam pada itu, Johan berkata, dia yakin Shila sudah melupakan segala peristiwa diantara mereka kerana wanita itu adalah seorang yang pemaaf dan baik hati. Jelas Johan, biarpun sudah tidak berhubung dengan Shila namun dia sentiasa mendoakan kebahagian dan kejayaannya yang sedang mencipta nama di China.

“Shila adalah seorang wanita yang baik dan saya mengenali dirinya dia seorang yang suka membantu dan pemaaf. Saya yakin dia telah melupakan segala yang berlaku sebelum ini biarpun kami sudah lama tidak bersua muka,” katanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.