Apa Reaksi Aaron Aziz Lepas Tahu Luna Maya ‘Jatuh Cinta’ Padanya? | Kelakar la pulak rasanya. Tak sangka si jahat dalam KL Gangster rupanya pemalu juga. Ini berkenaan laporan semalam, dimana pelakon dan model terkenal Indonesia, Luna Maya mengakui minat dan jatuh cinta pada Aaron Aziz. Nak tahu apa reaksi Aaron Aziz jom baca selanjutnya petikan dibawah.

Selepas mengetahui tentang aktres cantik dari Indonesia, Luna Maya begitu meminati lakonannya, Aaron Aziz nyata terkejut.

aaron aziz dan luna maya

“Luna Maya? Aktres popular dari Indonesia tu minat saya? Alamak! Macam tak percaya…Macam mana orang popular macam dia boleh kenal saya? Dia tengok saya berlakon filem apa ya…?” kata Aaron dalam nada terkejut yang dipetik dari portal Murai.

Selepas dijelaskan kepada Aaron bahawa Luna Maya mengenalinya melalui filem aksi KL Gangster, dan jatuh cinta dengan lakonannya di dalam filem arahan Shamsul Yusof itu, pelakon kacak ini hanya tersenyum malu. Malah, Aaron juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Luna kerana memuji bakat lakonannya dan sangat berbesar hati apabila mengetahui pelakon,pengacara dan model terkenal Indonesia itu teringin berlakon bersama.

“Saya sangat berbesar hati apabila Luna menyatakan kesudiannya untuk bergandingan dengan saya di dalam filem, maklumlah dia popular…Macammanapun, saya juga tidak keberatan jika ada produser atau pengarah filem mahu menggandingkan kami bersama. Apa salahnyakan…manalah tahu kerjasama di antara saya dan Luna nanti secara tak langsung dapat menjalinkan kolobrasi di antara industri filem Malaysia dan Indonesia, itu kan satu jalinan kerjasama yang positif. Kepada Luna, terima kasih banyak-banyak kerana tonton lakonan saya…Filem aksi terbaru saya, judulnya LARI, jangan lupa tonton ya! ” tambahnya ketawa.

Untuk makluman semua, Aaron Aziz bakal menemui anda semua dalam filem aksi terbaru arahan Ahmad Idham berjudul LARI bermula 6 Jun 2013. Di Indonesia tak ada pula siarkan filem ni…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.