Baru-baru ini pelakon jelita, Nora Danish bersama keluarganya telah bercuti di Bali, Indonesia. Seperti biasa, beliau akan berkongsi gambar percutiaannya itu ke laman Instagram nya. Dan seperti biasa juga, ada yang memuji dan tak kurang juga yang mengkritik penampilan Nora Danish.
Lagi seperti biasa, akan tercetuslah ‘perang komen’ antara yang puji dan kritik tu. Yang paling melucukan (tak lucu bagi sesetengah orang), mereka bukan sahaja perang kerana penampilan Nora Danish yang bagi ammboi mungkin beliau tidak sengaja seksi (baju terangkat – gambar 3), tetapi kerana mereka saling meneka warna pakaian dalam yang dipakai olehnya.
Aduh, sampai ke tahap tu sekali. Dalam banyak-banyak foto mesra bersama anaknya Putra Rayqal, sempat juga diorang ini fikirkan mengenai perkara itu.
Gambar diatas adalah yang dimaksudkan. Ok, maaflah kerana gambar ini terpaksa di blur. Yang lain rasanya ok lagi. Kalau ada yang rasa tak ok sila maklum. Ammboi akan buat perubahan. Sebenarnya ni foto sudah lama rasanya. Namun tetap masih ‘top’ dalam beberapa blog hiburan.
Sedikit pesanan ammboi kepada mereka yang bergelar selebriti atau tidak termasuklah diri ammboi sendiri, kalau nak kongsi gambar tu berpada-padalah. Semak dulu gambar tu samada boleh dikongsi atau tidak. Kalau jadi macam ni memang tak pasal-pasal ‘kami’ turut sama ‘share’ mana yang patut.
p/s: Cantik kolam tu.. Bila la nak bercuti ke Bali ni… huhu
Olahan dari idea asal: mediacbs.blogspot.com