Baru-baru ini kecoh dengan isu penemuan remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah dalam keadaan kurus kering dan begitu menyayat hati. Ramai yang bersedih dan terkejut dengan keadaan adik Firdaus ketika ditemui ‘secara kebetulan’ oleh pegawai Imigresen.

Dikala ramai yang mengecam tindakan ibunya, Lola mengurung Firdaus sampai kurus kering, Lola pula semasa didakwa di mahkamah membuat pengakuan tidak bersalah. Beliau sebelum itu memberitahu apa yang berlaku kepada Firdaus adalah kerana dia mengalami kesempitan hidup.

Namun begitu, lepas satu persatu kisah hidup Lola dibongkarkan. Daripada bab gaji dan pendapatan bulanannya sebenarnya sudah cukup untuk menyara kehidupannya sekeluarga. Kenapa Lola masih tergamak menggunakan alasan begitu terhadap penderitaan Firdaus?

fatanah shahreezad isu remaja oku muhammad firdaus dikurung lola

Terbaru, seorang wanita Fatanah Shahreezad yang juga merupakan isteri kepada salah seorang anggota Imigresen berkongsi kisah sebenar apa yang lebih teruk dari apa yang kita sedia maklum selama ini berkenaan Firdaus yang dikurung di dalam sebuah bilik bersama sampah dan najis. Menurutnya, rumah yang didiami adik Firdaus ini jauh dari kejiranan orang Melayu di mana kiri dan kanannya hanya bangsa asing seperti Negro, Bangla dan Nepal. Tidak hairanlah mengapa Imigresen memecah masuk rumah ini tempohari untuk serbuan.

Menurutnya Fatanah lagi, rumah yang didiami Firdaus ini sangatlah busuk kerana disitulah dia kencing dan berak manakala bila malam menjelma, rumah tersebut gelap gelita dan tinggallah Firdaus berkeseorangan di dalamnya dengan pintu rumah yang bermangga. Lebih mengejutkan, Fatanah memberitahu yang Lola tidak tinggal di dalam rumah yang sama tetapi menyewa di kawasan yang sama tapi blok yang berlainan. Sewaktu Firdaus ditemui juga, dia berada dalam keadaan yang teramat lapar hinggakan makan kertas dan juga najisnya sendiri.

remaja oku muhammad firdaus dikurung lola

Sejauh mana kebenaran akan kenyataan yang ditulis wanita ini, itu biarlah pihak mahkamah yang putuskan. Sama-sama kita nantikan apakah selanjutnya bakal didedahkan. Selain itu, jadikanlah kisah adik Firdaus ini sebagai pengajaran dan iktibar kepada semua.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.