Kalau sebelum ini media melaporkan mengenai ketiadaan keluarga Kapten Zaharie Ahmad Shah sejak hari kejadian maka ia adalah benar. Namun berkenaan mereka tiada sehari sebelum kehilangan MH370, ia telah dinafikan oleh salah seorang ahli keluarga Kapten Zaharie.

Memetik sumber berita, anak perempuan kepada kapten penerbangan MH370 itu terbang untuk pulang ke Malaysia dari Australia, tempat di mana dia tinggal sejak tahun 2010, menurut laporan mirror.com.uk.

anak perempuan kapten zaharie

Aishah Zaharie telah pulang untuk bersama keluarganya, kata laman web berita Australia itu. Dia telah memberitahu rakannya bahawa spekulasi tentang ayahnya sebagai “satu penderitaan dan kesakitan terhadap keluarga”.

Sumber laman web itu berkata: “Apa yang media antarabangsa tulis tentang Kapten Zaharie tidak benar [dan] tidak masuk akal. Dia seorang lelaki yang baik dan bapa penyayang kepada anak-anaknya.” Aishah kini mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga di Kuala Lumpur.

Ini bermakna, ahli keluarga iaitu isteri dan anak-anak Kapten Zaharie menetap di Australia sejak sebelum tragedi kehilangan MH370 lagi. Selepas hari ke 10 baru mereka sempat untuk balik ke Malaysia mungkin setelah reda dari kesedihan dan sudah bersedia untuk berdepan apa yang berlaku di Malaysia. Mungkin juga mereka tidak tahan dengan laporan media mengenai Kapten Zaharie. Semoga kepulangan mereka merungkai segala persoalan keatasnya….

[UPDATE] Kemungkinan yang ammboi katakan diatas rupanya salah. Isteri Kapten Zaharie sebenarnya berada dirumah salah seorang anaknya di Subang dan bukannya berada di Australia. Kat Australia tu cuma salah seorang anaknya. DAKWAAN KELUARGA KAPTEN ZAHARIE ‘MELARIKAN DIRI’ SEHARI SEBELUM MH370 HILANG TIDAK BENAR

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.