Apek Atau Farizal? Dua-Dua Sama Hebat – Datuk K. Rajagobal | Siapa pun menjadi pilihan Datuk K Rajagobal malam ini, kedua-dua penjaga gol negara – Khairul Fahmi Che Mat dan Farizal Marlias – bersedia memastikan gawang negara tidak dibolosi Indonesia sekiranya diturunkan. Khairul atau Apek yang menjadi wira Piala Suzuki AFF 2010 diturunkan pada perlawanan pertama menentang Singapura tetapi menjadi sasaran kemarahan Rajagobal gara-gara kesilapan mudah dilakukannya, menyebabkan dia disisihkan menentang Laos.

Farizal yang menggantikan posisi Apek bagaimanapun tidak teruji ketika Harimau Malaya mudah membaham Laos 4-1, Rabu lalu. Namun, pada perlawanan penting malam ini yang akan menentukan perjalanan negara pada kempen kali ini, siapa yang bakal diturunkan menjadi tanda tanya.

“Kedua-dua penjaga gol mempunyai kualiti sama. Saya tidak mempunyai masalah untuk menurunkan mana-mana penjaga gol, kedua-duanya sama hebat.” Kata Rajagobal.

Bagaimanapun, bagi Apek yang aksinya dipersoalkan ketika tewas 3-0 di tangan Singapura berkata: “Saya tetap bersedia sekiranya diturunkan jurulatih. Saya akan memainkan peranan saya di dalam pasukan dan memastikan gawang tidak dibolosi.”

Sementara itu, Farizal yang masih dibayangi kehebatan Khairul Fahmi berpendapat, persaingan antara posisi di dalam skuad membuktikan betapa pasukan kali ini dibarisi pemain terbaik negara.

“Siapa lebih hebat tidak penting, sasaran kami hanya untuk memperoleh kemenangan,” katanya yang dibolosi satu gol ketika kemenangan ke atas Laos. (Petikan BH Online)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.