Aplikasi BR1M untuk telefon pintar Android! Semakan Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) kini pasti lebih mudah. Lembaga Hasil Dalam Negeri telah memperkenalkan ‘Aplikasi Mudah Alih Semakan BR1M’ untuk telefon pintar android.

Kini lebih 8.2 juta pemohon BR1M boleh menyemak status permohonan melalui aplikasi berkenaan menerusi telefon pintar masing-masing. Hanya dengan beberapa langkah, keputusan mengenai status BR1M akan dipaparkan.

Memetik laporan Sinar Harian Online, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, aplikasi itu merupakan alternatif terbaik bagi membanteras penyebaran maklumat palsu berkaitan BR1M yang boleh mengelirukan pemohon.

Beliau berkata, jumlah pemohon BR1M meningkat lebih 15 peratus setakat 14 Februari berbanding 7.1 juta permohonan pada 2016. Jelasnya, pemohon yang berstatus bujang mencatatkan jumlah paling tinggi memohon BR1M kerana mereka yang baru masuk kerja dan bergaji sehingga RM3,000 pun layak.

Pembayaran BR1M secara baucar telah bermula pada 18 Februari dan akan dikreditkan ke akaun penerima mulai esok (hari ini).

Pada 17 Februari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lebih lima juta permohonan BR1M 2017 telah diluluskan kerajaan. Selebihnya masih lagi dalam peringkat pemprosesan dan keputusan dijangka diumumkan bulan depan, katanya.

Aplikasi Mudah Alih Semakan BR1M boleh dimuat turun ke telefon bimbit android. Aplikasi itu membolehkan pemohon membuat semakan penghantaran borang, status bayaran dan rayuan dengan cepat. Ia hanya memerlukan nombor kad pengenalan dan maklumat peribadi pemohon.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.