Kecoh juga tengahari tadi dengan berita penemuan objek berbentuk sebuah bot di perairan Port Dickson oleh sekumpulan nelayan. Menerusi laporan berita berkenaan, nelayan itu berkata beliau sudah menyerahkan objek itu kepada anggota APMM yang datang, namun ia dilaporkan terus tenggelam dan dipercayai tidak sempat dinaikkan ke dalam bot APMM.

Ramai juga yang menyalahkan anggota berkenaan termasuklah ammboi juga. Masakan tidak, ketika itu objek berkenaan didakwa menyerupai rakit penyelamat dan kemungkinan ianya ada kaitan dengan misteri kehilangan pesawat MAS MH370. Sudah tentu kita berasa terkilan kerana usaha nelayan berkenaan menjadi sia-sia.

rakit penyelamat mh370 1

Bagaimanapun menerusi laporan myMetro sebentar tadi, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 5 Kuala Linggi mengesahkan objek berkenaan bukanlah rakit penyelamat dan ianya hanyalah boya. Dengan itu sah, objek berkenaan juga bukan dari serpihan MH 370 yang dilaporkan hilang Sabtu lalu. Ketua Penguat Kuasa Maritim DM 5 Kuala Linggi, Kapten Abu Bakar Idris berkata, kewujudan boya terbabit tanpa sebarang kesan petunjuk lain disifatkan tidak logik dan hanya isu ingin diperbesarkan serta disensasikan.

“Tindakan kumpulan nelayan terbabit menggembar-gemburkan penemuan bot pelampung berkenaan dibimbangi akan memberi kesan besar ke atas operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 terbabit. Sepatutnya kumpulan nelayan itu segera menarik bot pelampung terbabit ke darat dan tidak bertindak melulu sehingga berlakunya penyebaran gambar mengenai penemuan boya berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, jika difikirkan secara munasabah situasi mungkin agak pelik jika hanya bot pelampung sahaja ditemui tanpa sebarang objek lain jika kemungkinan pesawat berkenaan melalui perairan selat Melaka. Sehubungan itu, Abu Bakar menasihatkan mana-mana individu atau pihak lain supaya berhati-hati atas sebarang penemuan mencurigakan di perairan kerana ianya turut membabitkan sensitiviti keluarga mangsa.

“Pihak kami tidak akan bertanggung jawab sekiranya ada pihak cuba mensensasikan penemuan objek di perairan pantai berkenaan yang dikenalpasti sebagai boya dan bukannya objek didakwa dari pesawat yang hilang,” katanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.