Kejayaan pemain muda negara, Muhd. Ariff Zulkifly memikat kelab New Zealand, Island Bay United adalah sesuatu yang amat membanggakan. Sekurang-kurannya beliau kini sudah ada kelab untuk meningkatkan lagi tahap pemainannya selepas ini.

Ariff yang sebelum ini dipanggil menjalani ujian percubaan bersama Akademi Bola Sepak Ole telah ditawarkan kontrak mewakili kelab Island Bay United (IBU). Ternyata langkah berani Ariff yang juga bekas kapten skuad bawah 17 tahun negara berkelana ke New Zealand menjalani ujian percubaan bersama Ole membuahkan hasil apabila ditawar kontrak mewakili Island Bay untuk beraksi dalam Liga Perdana New Zealand Central.

Selain itu, Ariff juga mendapat perkhabaran gembira apabila ditawarkan peluang menjalani ujian selama dua hari bersama Liga Conference England, Luton Town FC pada 31 Mei depan. Namun beliau belum pasti lagi sama ada akan menerima tawaran Luton itu kerana beliau juga perlu memikirkan kos yang tinggi untuk ke sana.

 


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.