Artis Wanita Terkenal ‘ Bela Anak Hantu’ Untuk Dapat Tuah? | Macam-macam cara orang nak maju, nak kaya, nak popular dan nak kelebihan lain-lain lagi. Ada dengan cara baik dan tidak dinafikan ada yang guna cara kotor. Orang bila dah lupakan tuhan, lupakan soal hukum begitulah jadinya. Hanya demi kepentingan sendiri. Namun bab guna cara kotor ini ammboi tak kaitkan dengan orang di Malaysia. Tetapi kejadian ini dikatakan berlaku di Hong Kong.

Berdasarkan laporan ringkas dari portal Malaysia Digest, bintang terkenal Hong Kong, Cecilia Cheung dikatakan selama ini telah memelihara ‘anak hantu’ bagi tujuan mendatangkan tuah buat dirinya. Ianya berlaku sebelum Cecilia Cheung menceburi industri hiburan 15 tahun lalu lagi.

Cecilia Cheung

Bintang berusia 32 tahun itu dipercayai merupakan pengikut ajaran Buddha Thailand selepas dia dilihat memakai tangkal yang mempunyai lambang Phra Somdej, iaitu satu daripada lima Buddha zaman silam di Thailand. Identitinya itu mula terdedah selepas dia bercerai dengan aktor Nicolas Tse pada tahun 2011.

Ujar sumber kepada media Hong Kong: “Sejak bercerai pada tahun 2011, Cecilia bersama dua orang anaknya, Lucas dan Quintus sering dilihat mengunjungi Thailand. Dia mula mendapatkan anak hantu pertamanya bagi tujuan untuk dirahmati dalam percintaannya dengan Nicolas. Apabila rumah tangganya itu bergolak, dia pergi ke Thailand dan membawa pulang dua lagi anak hantu. Kini bagi tujuan untuk mendapatkan tuah selepas dia bercerai, Cecilia dipercayai sudah memiliki empat anak hantu yang ditempatkan dalam sebuah bilik khas di kediamannya.”

p/s: Tak tahulah sejauh mana kebenaran cerita ini. Kalau betul anak hantu tu boleh beri tuah, kenapa sampai dia boleh bercerai? Macam tak logik jer…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.