Asmidar Nafi Dakwaan Dia Buat Rawatan Suntikan Wajah | Setelah hampir 11 bulan bergelar artis, penyanyi Asmidar berkata banyak perubahan yang di alami dan pengalaman baru yang dilalui. Dari segi kerjaya, juara program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama ini boleh dikata murah rezeki. Antara yang membanggakan apabila baru-baru ini dia diberi peluang mengadakan persembahan di depan Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isteri, Catherine atau Kate Middleton pada majlis santapan diraja di Istana Negara, Kuala Lumpur sempena lawatan pasangan Diraja England itu ke Malaysia.

Sementelah lagu nyanyiannya, Biar Sampai ke Bintang kian menjadi siulan ramai. Malah lagu ciptaan hasil ciptaan Ajai dan lirik oleh Transformers Melayu tersenarai dalam senarai pendek pertandingan Muzik-Muzik dan sama ada lagu itu akan ke Anugerah Juara Lagu atau tidak, keputusannya akan diketahui Ahad ini.

Sementara kalau dilihat dari segi penampilan pula, gadis berusia 26 tahun ini kelihatan semakin cantik berseri. Ada dakwaan mengatakan dia meyuntik wajahnya untuk kelihatan lebih cantik. Bertemu dengan pemilik nama sebenar Norasmidar Ahmad ni, MD mendapatkan kepastian sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut.

“Sebagai seorang yang datang dari program yang mempertaruhkan bakat bukan rupa tidak bermakna saya boleh mengabaikan penampilan saya. Saya akui tekanannya tetap ada. Saya hanya mahu nampak presentable setiap kali tampil di khalayak.

“Tapi saya tak suntik wajah atau ambil apa-apa pil. Mungkin sebab saya dah jumpa produk yang sesuai. Saya dah pakai sebulan lebih produk ni. Lagipun saya nak hidup dengan sihat. Saya hanya amalkan pemakanan juga gaya hidup yang sihat. Saya jogging untuk tingkatkan stamina, seminggu dalam empat kali. Kadang-kadang tu saya kalau sibuk sangat, saya hanya buat senaman di rumah dengan tengok video senaman di YouTube. Saya ada juga amalkan diet iaitu mengurangkan pengambilan nasi sejak Julai lalu”, katanya.

Selain penjagaan wajah dan badan, Asmidar juga memberitahu dia kini dalam proses belajar berfesyen. Bertuah, kerana penyanyi ini merupakan anak saudara kepada jurusolek profesional, Tia Zainal. Lantas sedikit sebanyak Asmidar mengambil peluang belajar cara-cara menyolek dan berfesyen dengan bapa saudaranya itu.

“Saya mengaku dulu saya tak pandai bergaya. Kalau keluar ke mana-mana tu, saya tak kisah sangat soal penampilan.

“Tapi sekarang saya belajar sikit-sikit. Saya banyak belajar make-up daripada bapa saudara saya, Tia Zainal. Saya banyak juga dapat nasihat daripada pihak label saya iaitu Warner Music tentang imej dan fesyen. cara pemakaian saya bergantung juga pada apa majlis atau tempat yang saya nak hadiri tu”, ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Asmidar sedang dalam proses rakaman lagu untuk album sulungnya. Album berkonsepkan Pop itu dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

– Petikan Malaysia Digest


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.