Setelah tampil dengan kemudahan seperti saluran Definisi Tinggi (HD), 3 Dimensi (3D), Astro First dan, Video Atas Permintaan (VOD) Astro B.yond Perakam Video Peribadi (PVR), kini Astro memperkenalkan perkhidmatan terbaharu yang dikenali sebagai saluran Astro On-The-Go.

Perkhidmatan tersebut memberi kemudahan kepada pelanggan untuk menonton saluran menerusi peranti sama ada melalui iPad atau komputer riba. Buat permulaan, sebanyak 11 saluran yang disediakan merangkumi hiburan dan informasi serta ditawarkan secara percuma kepada para pelanggan Astro sehingga 31 Ogos 2012 ini. Hanya pada fasa kedua yang akan bermula pada 1 September ini, pengguna iPhone dan Android boleh menikmati perkhidmatan Astro-On-The-Go ini.

Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu menerusi laman web www.astro.com.my/onthego, manakala pengguna iPad pula perlu memuat turun aplikasi yang disediakan. Antara saluran yang disediakan termasuklah Cable News Network (CNN), Disney Channel, Disney Junior, One HD, Astro Awani, Astro Xiao Tai Yang, Astro TVIQ, Astro Warna, Astro AEC, Astro Ria Plus dan Astro Shuang Xing.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.