‘Asyik Saya Sahaja Yang Buka Mulut, Rasa Macam Kurang Manis Pula’ – Neelofa | Walaupun Neelofa berkali-kali menafikan hubungan antara dia dengan Hans Isaac, namun ianya masih belum dapat memuaskan hati banyak pihak. Mereka masih sangsi kerana menjangkakan ada sesuatu yang istimewa antara Neelofa dan Hans Isaac.  Oleh itu, status hubungan sebenar Neelofa dengan Hans Isaac masih lagi menjadi tanda tanya biarpun sebelum ini telah tersebar gosip yang mengatakan mereka benar-benar serius bercinta.

Kemudian timbul pula cerita yang mengatakan mereka telah bercuti bersama-sama di Thailand baru-baru ini hingga memaksa Neelofa menjelaskan situasi yang sebenar bahawa ianya tidak benar. Hakikatnya, Neelofa bercuti di Phuket bersama teman-temannya, manakala Han Isaac menghabiskan percutian di Koh Samui bersama keluarga dan kawan-kawan yang bermain golf bersama-sama.

Apapun, kisah hubungan Neelofa dengan Han Isaac masih belum reda. Malah, Neelofa masih diasak dengan soalan yang sama daripada para media yang mahu tahu status sebenarnya dengan Hans Isaac.

“Kalau boleh saya tidak mahu komen dulu atau memberi sebarang ulasan kepada gosip atau soalan yang bertanyakan hubungan kami. Yang jelas saya memang berhubung dengannya sebagai teman artis. Lagipun asyik saya sahaja yang membuka mulut mengenai perkara ini, rasa macam kurang manis pula.

“Tetapi bukanlah ertinya anda harus bertanya kepada dia. Semua pun tahu Hans baru sahaja kehilangan ibunya, jadi keadaan sekarang mungkin tidak sesuai untuk memberi sebarang kenyataan,” jawabnya Neelofa.

Baru sahaja dilanda gosip namun Neelofa mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai perkara tersebut dan melihatnya daripada sudut yang positif.

“Baru ingat nak rileks dan release tension waktu cuti dua hari tersebut, pun kena juga cerita panas. Tetapi apa nak buat sudah lumrah artis, sering diperhatikan dan saya tidak salahkan pada mereka yang memulakan cerita ini. Mungkin di masa akan datang saya akan lebih berhati-hati dalam sebarang tingkah laku atau perbuatan untuk mengelakkan tercetusnya gosip seperti ini. Alhamdulillah, yang agak mengejutkan saya bila para peminat lebih menegur saya mengenai lakonan bagi Kau Yang Terindah walaupun setelah tercetusnya gosip tersebut.

“Secara tidak langsung saya percaya, peminat saya akan lebih melihat kepada kemajuan karier saya daripada perkara-perkara yang akan memburukkan nama saya,” jelasnya Neelofa yang dipetik dari laman murai.com.my.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.