Terkejut ammboi baca berita ini. Tak sangka pasangan warga emas yang bergelar atuk dan nenek pun boleh gaduh sampai begitu brutal sekali. Berdasarkan laporan berita, punca pergaduhan mereka adalah kerana kehilangan wang dan si isteri telah menuduh suaminya mencuri wang berkenaan.

Baca laporan penuh petikan dari Harian Metro dibawah:

Hanya kerana wang RM36 yang hilang, satu pasangan suami isteri warga emas bergaduh hingga menyebabkan kedua-duanya cedera parah dalam kejadian di kampung baru, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, pasangan terbabit ‘berperang’ apabila si isteri berusia 66 tahun menuduh suaminya yang berusia 73 tahun mencuri wang.

atuk dan nenek brutal 2

Sumber polis berkata, tuduhan isterinya menyebabkan si suami menetak kepala isterinya dengan parang, manakala si isteri mempertahankan dirinya dengan tukul besi. Berdasarkan siasatan awal, si isteri berjaya merampas parang yang digunakan suaminya itu sebelum membalas serangan dengan menetak suaminya pula.

atuk dan nenek brutal 1

“Tidak cukup dengan itu, si isteri turut menyimbah minyak panas ke atas suaminya menyebabkan mangsa menjerit kesakitan yang didengari jiran mereka.

Serius jugak tu. Tapi nenek tu memang power, siap boleh berdiri lagi walaupun pada awalnya beliau terlebih dahulu diserang dengan parang. Apapun, harap kes sebegini tidak berulang. Sewajarnya ianya boleh dibincangkan dengan lebih baik.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.