Awal Ashaari Rindu Mahu Berlakon | Sudah lama kita tidak lihat aksi Awal Ashaari di dalam drama mahupun filem-filem melayu bukan. Agaknya, bila kali terakhir kita lihat Awal Ashaari, yang juga pengacara program Melodi ini berlakon.

Laporan terbaru mengatakan, bukan setakat peminat sahaja yang merindukan lakonan Awal Ashaari, malah Awal sendiri mengaku bahawa dia rindukan suasana dan kehidupan sebagai seorang pelakon. Menurut Awal “Saya mahu berlakon semula. Sudah setahun setengah tidak berlakon, saya berasa terlalu rindu untuk kembali ke set penggambaran.”

Awal yang berusia 31 tahun juga memberitahu bahawa para peminat sering bertanya bilakah dia akan kembali berlakon semula. Katanya dia amat rindukan suasana meriah ketika berada di set penggambaran, memang ramai yang bertanya bila agaknya dia akan kembali berlakon. Mungkin jika ada tawaran yang sesuai, dia akan terima. Katanya yang juga suami kepada aktres popular, Scha Al-Yahya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.