Awas, 4 Produk Kosmetik Dikesan Ada Racun Berjadual! | Nak cantik pun kena berhati-hati. Jangan main rendah pakai produk tu, guna produk ni dan macam-macam lagi. Pastikan anda mendapatkan nasihat daripada mereka yang lebih arif.

Menurut laporan Sinar Harian hari ini, orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan mengguna empat produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual merkuri dan tretinoin.

produk kosmetik beracun

Antara kesan bahaya penggunaan kosmetik beracun (Gambar hiasan)

Empat produck berkenaan ialah:

  1. Acrena Pure Herbal Papaya Soap
  2. White Complex
  3. SS Pearl Cream
  4. SS Vita C Night Repair

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A. Rahman berkata, produk kosmetik itu yang dicampur dengan bahan merkuri biasanya didapati pada produk yang dipasarkan untuk mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan. Penggunaan merkuri dan tretinoin dalam produk kosmetik adalah tidak dibenarkan dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari. Oleh itu beliau menasihatkan sesiapa yang mempunyai stok produk itu supaya menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta-merta.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.