Awas! Perut Buncit (Boroi) Tanda Awak Penyakit | Biasanya kalau orang perut buncit atau boroi orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan. Namun ianya ternyata salah kerana perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung.

Kenapa Berlaku Perut Buncit?

Masalah perut buncit mungkin berlaku disebabkan cara kehidupan kita yang tidak aktif ditambah dengan pemakanan yang tidak sihat. Makan secara berlebihan dan tidak mengikut keperluan yang sebenar memungkinkan risiko ini. Kesannya adalah pada kesihatan kita. Antara penyakit yang bakal berkait rapat dengan masalah ini antaranya seperti obesiti, jantung, darah tinggi dan sebagainya lagi.

boroi-perut-buncit

Paling menggerunkan sudah tentu masalah jantung. Lemak yang terkumpul di perut boleh diumpamakan lemak (viseral) di dalam organ-organ dalam badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya. Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat.

Ukuran lilit yang ideal bagi kaum lelaki ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter. Ukuran ini perlu dilakukan oleh pengamal perubatan atau mereka yang mengetahui teknik ukuran tersebut. Pergilah berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi mendapatkan ukuran lilit perut saudara.

Cara Mengatasi Masalah Perut Buncit (Boroi)

Perut buncit merupakan kriteria utama sebelum seseorang itu dilabelkan mendapat sindrom metabolik yang berkait rapat dengan penyakit-penyakit seperti diabetes mellitus, hipertensi, masalah jantung dan sebagainya. Tidak ada cara selain menjaga pemakanan yang baik dan melakukan senaman secara konsisten bagi mengatasi masalah perut buncit.

Mungkin cara sedutan lemak atau ‘liposuction’ boleh dilakukan tetapi kesannya adalah tidak berkekalan jika tidak mengamalkan cara hidup yang sihat seperti bersenam dan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Semoga kita sama-sama berazam agar perut kita tidak buncit dan seterusnya mendapat kesihatan yang berkekalan, Insya-Allah.

Sumber Olahan Dari Utusan Online


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.