Seperti yang kita maklum, Awie dan Erra Fazira merupakan antara pasangan kekasih yang cukup meletup dan ‘box office’ di Malaysia suatu ketika dahulu. Apatah lagi gandingan mereka yang cukup mantap dalam industri perfileman negara. Bagaimana percintaan mereka menemui kegagalan dan kini masing-masing sudah membawa haluan sendiri.

Peminat hiburan di Malaysia, mungkin sekali lagi berpeluang untuk melihat Awie dan Erra bergandingan semula. Berdasarkan sumber media, Awie dan Erra akan bersama-sama muncul dalam konsert Suara Kita di Istana Budaya pada Mac 2014. Selain itu, konsert berkenaan turut menampilkan Ziana Zain.

awieerra

Wah, gandingan yang mantap dan sudah tentu meriah. Namun, tidak akan ada kontroversi ke sekiranya mereka kembali digandingkan bersama? Takut muncul gosip liar yang boleh menggongcang rumahtangga mereka kini jer.

Memetik laporan mStar Online, penyanyi dan pelakon, Awie berharap gandingan terbaharunya bersama Erra Fazira dalam konsert berkenaan tidak disensasikan hanya kerana mereka pernah bertunang suatu ketika dahulu. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, menegaskan kerjasama yang turut menggandingkan Ziana Zain itu adalah atas dasar profesional. Tambah Awie, isterinya, Ruzana Misbun juga tidak mempunyai sebarang masalah tentang kerjasama tersebut dan memberi keizinan untuk berbuat demikian. Malah kata Awie, Ruzana juga teruja dengan gabungan itu kerana turut mengagumi bakat lakonan dan nyanyian Erra.

“Apabila mengambil keputusan untuk mengadakan konsert ini sejarah lama antara saya dan Erra pasti akan menjadi perhatian namun saya berharap ia tidak disensasikan. Kerjasama ini hanya semata-mata atas dasar profesional. Saya dan dia sudah mempunyai kehidupan masing-masing, sejarah lama tidak perlu diungkit lagi. Sebelum saya buat sesuatu, saya akan bincang dengan isteri termasuk mengenai konsert ini. Dia sangat profesional dan tidak melarang kami bergandingan,” katanya kepada mStar Online.

Dalam perkembangan sama, Awie berkata, dia berbincang dengan Erra mengenai konsert tersebut ketika pelakon itu muncul dalam program kendaliannya iaitu Tunggu Sekejap terbitan TV3 awal tahun ini. Jelas Awie, walaupun pada mulanya rasa bimbang Erra akan menolak tawaran tersebut namun dia lega apabila wanita itu bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Saya sudah lama ingin merancang projek ini namun tidak tahu bagaimana ingin menghubungi Erra dan mengambil kesempatan ketika bertemu dengannya dalam program Tunggu Sekejap dan Alhamdulillah dia bersetuju untuk terlibat dalam konsert itu,” jelasnya.

Bercakap lanjut mengenai konsert berkenaan, Awie berkata, dia ingin mengadakan konsert tersebut untuk mengembalikan nostalgia peminat dengan membariskan lagu popular daripada filem lakonan ketiga-tiga mereka. Selain persembahan nyanyian, dia juga merancang untuk mengadakan slot teater muzikal pada konsert itu bagi memberikan kelainan. Jelas Awie lagi, banyak perkara yang ingin dibuatnya untuk konsert itu dan ia masih dalam penelitian lagi malah satu pengumuman khas akan dibuat selepas ini.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.