Ayah jual anak untuk beli iPhone dan motosikal berkuasa tinggi! Kalau tersangat minat kepada gajet, tak perlulah sampai jadi bangang. Kalau tersangat menggilai motosikal berkuasa tinggi, tak perlulah sampai jadi binatang. Jangan jadi seperti lelaki dibawah yang sanggup menjual anaknya demi memenuhi kemahuannya semata.

AYAH JUAL ANAK UNTUK BELI iPHONE DAN MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI

Memetik sumber berita, seorang lelaki warga China sanggup menjual anaknya untuk membeli telefon pintar jenama iPhone dan motosikal berkuasa tinggi.

Duan (bukan nama sebenar) dari Tong’an, wilayah Fujian mendapat pembeli untuk anaknya yang berusia 18 bulan secara dalam talian, lapor People Daily Online. Dia menjual anaknya itu dengan harga 23,000 Yuan (RM14,536).

Ibu bayi itu Xiao Mei (bukan nama sebenar) berkata, dia terpaksa bekerja manakala suaminya itu hanya menghabiskan masa di kafe siber. Xiao Mei yang cuba melarikan diri untuk memulakan kehidupan baru bagaimanapun berjaya ditahan pihak berkuasa.

Kedua-dua pasangan yang berumur 19 tahun itu mengalami masalah kewangan selepas menerima cahaya mata menyebabkan Duan mengambil kesempatan dengan menjual anaknya itu bagi memenuhi keinginannya.

Bagaimanapun, individu yang membeli bayi berkenaan untuk kakaknya kemudian menyerah diri kepada pihak polis.

Berdasarkan laporan, wanita itu memberitahu polis, dia tidak menyangka tindakannya itu menyalahi undang-undang kerana dia sendiri merupakan anak angkat dan ramai penduduk di kampung halamannya turut berbuat demikian.

Memetik laporan The Epoch Times, Duan dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun manakala Xiao Mei dipenjara dua tahun setengah.

Seramai 20,000 kanak-kanak diculik di China setiap tahun untuk dijual secara terbuka dalam talian.

p/s: Kepada rakan-rakan kat Malaysia Apple Trader (MAT) dan Apple User Group (AUG) Malaysia jangan sampai jadi macam ni yer….


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.