Setiap hari ada sahaja kes kejam membabitkan mangsa kanak-kanak. Semalam, seorang kanak-kanak mati didera kekasih ibunya dan mayatnya ditanam dalam hutan. Hari ini kanak-kanak didera bapa tirinya pula. Apakah mereka yang kejam tu tidak tahu bahawasanya anak itu anugerah Allah. Menjadi amanah kita untuk menjaga dan mendidik mereka sebaiknya. Bagi ammboi, mereka yang bertindak kejam terhadap kanak-kanak ini kurang waras dan bukan manusia lagi. Mereka selayaknya dipanggil BINATANG!.

Memetik laporan Sinar Harian dan Harian Metro,  seorang kanak-kanak berusia 7 tahun berjaya diselamatkan polis dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyerbu rumah sewa keluarga kanak-kanak tersebut di Taman Perumahan Gong Badak Kuala Terengganu. Kanak-kanak berkenaan dipercayai didera dengan begitu kejam sekali oleh bapa tirinya. Kanak-kanak malang itu bukan sahaja dikurung bersendirian dalam tempoh beberapa hari tanpa diberi makan dan minum, malah lebih menyayat hati, seluruh tubuh kecilnya itu turut cedera dengan kesan cucuhan puntung rokok dan melecur di kaki sehingga bernanah.

budak didera di gong badak

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, sebaik berjaya masuk ke dalam rumah, kanak-kanak malang itu didapati berada dalam keadaan yang amat lemah dengan kesan kecederaan di seluruh badan, dipercayai didera sebelum pemeriksaan lanjut turut menemui kesan bengkak di kedua-dua belah kaki mangsa dan melecur pada bahagian kaki sehingga bernanah serta dijangkiti kuman. Hasil pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan calar di seluruh tubuh mangsa, lebam di mata dan di mulut serta terdapat kesan cucuhanpuntung rokok pada perut mangsa.

budak didera di kuala terengganu

Jelas beliau lagi, suspek yang bekerja sebagai buruh dipercayai membawa isteri bersama dua lagi anak tirinya itu, masing-masing berusia 5 dan 2 tahun, lari dari HSNZ sebaik menyedari perbuatannya terbongkar. Bagaimanapun, pasangan suami isteri ini berjaya ditahan di sebuah rumah di Rumah Awam Kos Rendah, Gong Badak, di sini, kirakira jam 12 tengah hari, semalam.

kanak-kanak didera di gong badak

Turut berjaya diselamatkan, dua lagi adik mangsa dan hasil pemeriksaan awal mendapati kedua-duanya mempunyai kesan dera dan dihantar ke HSNZ bagi pemeriksaan lanjut, sementara ibu mangsa juga dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001. Semasa ditahan, suspek dan juga ibu mangsa didapati positif dadah methamphetamine.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.