Ayu Raudah Cuti Demi Suami | Sejak bernikah dengan pemain bola sepak terkenal Zaquan Adha Abd. Radzak, 25, pada Januari tahun lalu, sudah menjadi tradisi buat aktres popular Ayu Raudhah Che Wan, 28, bercuti selama sebulan setiap kali tiba bulan Ramadan. Bagaimanapun, pada tahun ini ia sedikit berbeza apabila aktres berasal dari Kedah itu bercuti selama dua bulan, sebulan sebelum Ramadan dan sebulan lagi sepanjang Ramadan.

Kata Ayu yang baru dilantik sebagai duta produk Sumber Ayu bersama suaminya, dia memperuntukkan cuti selama dua bulan untuk menghabiskan masa bersama suaminya memandangkan sepanjang tahun dia sibuk di lokasi penggambaran dan suaminya pula sibuk di padang bola.

“Saya memang bercuti sepanjang Ramadan sejak berkahwin kerana selalunya saya sibuk dengan kerja dan tidak ada masa untuk teman suami yang juga sangat sibuk. Jadi, bulan Ramadan ini sahaja masa untuk saya duduk di rumah, masak dan tunggu suami balik rumah. Zaquan jenis yang tidak suka makan di luar dan lebih suka saya masak, jadi saya jadi suri rumah sepenuhnya selama sebulan sehingga Aidilfitri,” ceritanya dalam sebuah akhbar harian (Kosmo Online).

Tutur Ayu, tidak sukar untuk menjaga suaminya terutama soal makan kerana Zaquan bukan jenis lelaki yang cerewet. Zaquan makan apa sahaja tetapi mesti ada ayam. Kalau tidak, maknanya tiada lauk baginya, jadi setiap hari saya mesti masak lauk berasaskan ayam,” katanya sambil menjeling manja terhadap Zaquan.

Jika Ayu bercuti sebulan, lain pula halnya dengan Zaquan yang menjalani latihan bola sepak seperti biasa. Kata Zaquan yang kini mengganggotai pasukan bola sepak Angkatan Tentera Malaysia bersama kembarnya Aidil Zafuan, sepanjang bulan Ramadan kali ini dia menjalani latihan pada sebelah malam sahaja. Sepanjang Ramadan memang saya berehat daripada sebarang perlawanan, tetapi latihan tetap diteruskan pada sebelah malam sebagai persediaan Piala Malaysia yang akan bermula pada raya ketiga,” jelasnya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.