Azmi Hatta Nafi Putus Tunang Dengan Elly Mazlein | Baru-baru ini timbul dakwaan mengatakan pertunangan pengarah drama, Azmi Hatta dan pelakon serta penyanyi, Elly Mazlein sudah putus. Gosip itu diperkuatkan dengan penundaan tarikh pernikahan mereka dan Elly Mazlein yang tidak memakai cincin pertunangan di satu majlis.

Bagaimanapun dalam laporan mStar Online, tunang Elly Mazlein, Azmi Hatta, 37, menafikan pertunangannya dengan pelakon berkenaan telah berakhir ekoran hubungan itu dikatakan berantakan. Jelasnya, hubungan mereka masih berjalan seperti biasa dan turut menolak sebarang masalah serius timbul di antara mereka.

tunang-elly-mazlein-azmi

Dalam pada itu, Azmi berkata, kelewatan mereka melangsungkan perkahwinan adalah disebabkan kesibukan kedua-dua mereka dengan kerjaya masing-masing. Malah katanya, dia tidak mahu menjadi penghalang kepada kerjaya Elly yang sedang berada di tahap selesa sekarang.

“Kami masing-masing sibuk dan Elly ada cita-cita yang perlu dia capai dan tidak mahu menghalang melainkan menyokong. Soal bila kami akan bersatu, Insya Allah doakan,” ujarnya.

“Saya mempunyai tanggungjawab besar kepada anak-anak dengan perkahwinan terdahulu dan mahu benar-benar bersedia dengan perkahwinan seterusnya. Saya bukan seorang yang sempurna dan masih memperbaiki kelemahan kerana ikatan yang bakal kami bina adalah besar,” katanya.

Sementara itu, Azmi berkata, walaupun tidak tertekan dengan khabar angin yang melanda hubungan mereka namun ia sedikit sebanyak telah menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli keluarga. Jelasnya lagi, dia dan Elly telah balik ke kampung untuk menjelaskan situasi sebenar dikalangan ahli keluarga terdekat tentang kekeliruan yang berlaku dan semua memahami.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.