Aznil Nawawi Dianugerahkan Gelaran Datuk – Tahniah! | Tahniah diucapkan kepada pelakon, pengacara dan penyanyi, Aznil Nawawi yang telah dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah sempena Hari Wilayah Persekutuan. Anugerah tersebut membawa gelaran Datuk. Dah jadi Datuk Aznil Nawawi la kan.

Pemberian gelaran berkenaan adalah pengiktirafan diberi atas sumbangan Aznil sebagai Duta Sihat 1Malaysia. Bagi ammboi, Aznil sememangnya layak untuk dapat anugerah berkenaan berdasarkan sumbangan beliau dalam arena hiburan negara. Memetik laporan dari BERNAMA, Aznil merupakan antara 283 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat. Istiadat penganugerahan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara.

aznil nawawi

Tahniah sekali lagi kepada Datuk Aznil Nawawi!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.