Keyword | Sering menjadi buruan setiap blogger yang mahu mengejar trafik melalui search platform seperti Google, Yahoo dan sebagainya. Manakan tidak, hasilnya memang cukup lumayan dan anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk menjalankan rutin blogwalking. Namun demikian, bukan semua perkataan ni ‘boleh cari makan’. Malah ada juga keyword yang tidak dirancang pulak yang memberikan pulangan.

Contohnya keyword pasal SKIM RUMAH PERTAMAKU. Pasti ramai dikalangan blogger menggunakan keyword berkenaan kan. Untuk berada dalam page yang terbaik melalui carian SKIM RUMAH PERTAMAKU tadi mungkin agak mustahil jika rank dan pagerank blog kita lemah. Kekuatan rank dan pagerank tadi memainkan peranan utama untuk meletakkan blog kita dalam kedudukan yang terbaik. Sebaliknya tidak salah kita cuba mengucar-kacirkan keyword berkenaan. Otak manusia semuanya tidak sama. Begitu juga dengan cara / kaedah searchnya. Kemungkinan keyword SKIM RUMAH PERTAMAKU tadi boleh jadi hanya ditaip SKIM RUMAH PERTAMA atau RUMAH PERTAMAKU atau ada yang search www.srp.gov.my kerana menganggap laman web SRP berada dalam platform goverment punya website sedangkan url sebenarnya adalah www.srp.com.my. Inilah kepentingan TAGs yang memainkan peranan kepada kita untuk ‘menduga’ hati bakal pengunjung.

Berkenaan keyword perkataan XXX pulak ianya memang popular. Key seperti LUCAH, ROGOL, SEKS, VIDEO LUCAH, GAMBAR LUCAH, PORNO, SEKS REMAJA, dan sebagainya merupakan antara carian terbanyak dalam search engine. Namun demikian ada jugak keyword yang tidak dirancang boleh menjadi sesuatu yang menakjubkan. Macam mana tuh? Korang tengok kat bawah ;

Hahahahahaha…ni memang aku pun tak sangka. Ada jugak orang search si Teror yang ‘buruk’ tu…. kih kih kih…. Kira popular sangat dah ni abg kita ni. Ni genre mana yang search nih. Kalau pempuan aku tak pelik sangat. Kalau yang tu….? Aauuwww..ammboi larik….


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.