Penggunaan telefon bimbit oleh wanita hamil boleh meningkatkan risiko terhadap anak dalam kandungan. Para penyelidik dari Universiti Yale, Amerika Syarikat (AS) mendakwa, pendedahan radiasi telefon bimbit ketika hamil boleh menjejaskan perkembangan otak janin dengan risiko janin hiperaktif sehingga 30 peratus, ketakutan dan rendah daya ingatan.

Penyelidikan yang diketuai Prof. Hugh Taylor mendapati telefon bimbit boleh membawa kesan negatif terhadap bayi dalam rahim berdasarkan hasil uji kaji yang dijalankan ke atas seekor tikus bunting. Beliau menyarankan wanita hamil memastikan jarak telefon bimbit dengan mereka lebih kurang semeter. Namun, sekumpulan saintis Britain yang diketuai Prof. Katya Rubia, menafikan kajian itu.

Rubia menjelaskan anak tikus yang belum dilahirkan itu mungkin telah didedahkan dos radiasi yang tinggi berbanding bayi yang belum dilahirkan. Sementara itu, sekumpulan pakar dari Kolej Universiti London, mendakwa perbandingan antara tikus dan manusia tidak relevan kerana anak tikus dilahirkan selepas 19 hari berbanding manusia yang mengandung selama sembilan bulan. – Kosmo

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.