Bakal Luaskan Pengaruh Ke Singapura – Najwa Latif | Nama Najwa Latif sudah tidak asing lagi dalam bidang seni negara. Biarpun beliau lahir bukan dari program realiti dan hanya muncul dari laman sosial, ianya bukan penghalang kemaraan anak gadis yang baru sahaja tamat menduduki peperiksaan SPM baru-baru ini. Selepas berjaya menambat hati peminat di Malaysia, Najwa Latif, bakal melebarkan pengaruh ke negara jiran, Singapura, pula selepas ini.

Menurut laporan BH Online, Najwa Latif buat julung kali dipelawa mengadakan konsert sulung di negara terbabit pada 21 Disember 2012 ini. Bukan itu saja, dia juga ditawarkan produksi dari sana untuk memeriahkan pentas persembahan Anugerah Planet Muzik (APM), yang juga diadakan di negara itu. Jelas Najwa, popularitinya disana semakin naik mungkin impak lagu duetnya bersama Sleeq, Untuk Dia.

Teruja dengan dua peluang berkenaan, Najwa yang dihubungi baru-baru ini jelas gembira apabila dapat menjejakkan kaki ke Singapura buat kali pertama untuk menjayakan dua acara terbabit.

“Mula-mula dulu, apabila saya dapat tahu daripada pengurus, saya tidak percaya. Apabila semua sudah ada hitam putihnya, tentulah saya rasa gembira untuk berjumpa dengan peminat di sana. Produksi di sana yang menguruskan semuanya, termasuk jualan tiket,” ujarnya.

Menurut penyanyi Cinta Muka Buku dan AdaMu ini, dia tidak pernah menjejakkan kaki ke Singapura sebelum ini. Justeru, dia tidak dapat menyembunyikan kegembiraan apabila peluang keemasan begitu dihulurkan kepadanya. Apatah lagi kali ini dia bukan hanya dapat berkunjung ke negara itu, malah dapat pula menghiburkan peminat di sana.

“Saya akan menyanyikan 10 lagu pada konsert terbabit. Jika diberi peluang seterusnya selepas ini, mungkin saya akan ke negara jiran yang lain pula. Sebelum itu, saya juga akan terbabit dengan APM. Inilah persembahan pertama saya pada acara yang cukup gah itu,” katanya yang dicalonkan dalam dua kategori pada anugerah terbabit, iaitu Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita) dan Ikon Media Baru.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.