Berat dan dasyat juga  kes membabitkan remaja sejak kebelakangan ini. Ada sahaja yang isu negatif yang dilaporkan berkaitan mereka. Diselang-seli dengan kes guru yang bermasalah, dan paling mengejutkan adalah isu budak darjah tiga ugut mahu  rogol guru kerana tidak puas hati dengan guru berkenaan. Ops, kalau berterusan dengan isu guru dan guru, sah-sah warga guru akan cop blog ammboi ni blog anti-guru.

Ah, abaikan semua itu yang penting ammboi sampaikan apa yang ammboi tahu. Jika ada salah silap, ramai lagi rakan-rakan disini yang bersedia memberi teguran berhemah, bukannya terus cop ini blog fitnah. Kadang-kadang terkilan juga, namun apakan daya seperti menjadi tanggungjawab pula untuk menyampaikan info.

Alamak, melalut pula. Ini berkaitan kes remaja yang dilaporkan melakuan jijik dengan menunjukkan aksi lucah pada ibu sendiri, tahun lalu. Memetik sumber berita, remaja berkenaan yang berusia 19 tahun dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah majistret di Kota Bharu atas kesalahan itu.

remaja tunjuk aksi lucah depan ibu dihukum penjara

Laporan Sinar Harian menyebut:

Hukuman diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad ke atas tertuduh, Mohammed Nor Alief Abdul Maleq Ab Manan, selepas dia mengaku bersalah. Tertuduh didakwa pada tuduhan dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan ibunya itu dengan perkataan dan beraksi lucah di hadapan mangsa di bilik tidur sebuah rumah di Taman Intan, Lorong LPP, Lundang di sini, pada jam 8 malam, 20 Disember. Dia juga dihukum penjara dua tahun selepas mengaku menyebabkan cedera ke atas ibunya yang juga seorang guru berusia 55 tahun itu dengan menggunakan batang kayu penyapu pada jam 6.30 petang, 21 Disember. Hukuman diarah berkuat kuasa serentak daripada tarikh dia ditahan. Nik Habri dalam keputusannya turut memberi amaran kepada tertuduh bahawa dia akan dikenakan sebat jika perkara sama berulang.

“Perbuatan kamu sangat teruk. Seperti kata pendakwa, tidak tahu apa yang kamu fikirkan sampai sanggup menunjukkan perbuatan yang pelik (lucah) kepada ibu sendiri. Kamu wajib meminta maaf dengan ibu kamu. Walaupun dia yang mahukan hukuman penjara ini tetapi dia masih melantik peguam bagi mewakili kamu dan itu bermakna dia masih sayang kamu,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan seorang guru menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila menjadi mangsa pukul dan gangguan seksual oleh anak sendiri. Akibatnya, dia mengalami lebam bahagian kiri paha, lengan dan belakang badan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.