BALIK KAMPUNG | SEMOGA SEMUANYA SELAMAT DAN BERJALAN SEPERTI YANG DIRANCANGKAN | Perjalanan balik kampung mungkin agak memenatkan jika kampung halaman anda terletak agak jauh dari tempat tinggal anda. Macam ammboi, tinggal di Putrajaya dan kampung ammboi adalah di Pasir Mas, Kelantan. Jauh jugak tu. Kira-kira 400km dan dalam masa (purata) 8 jam perjalanan la. Namun jika zaman bujang-bujang dulu ammboi amik masa 6 jam lebih jer tu pun termasuk berhenti rehat makan malam atau makan siang. Lani takleh dah, utamakan keselamatan orang tersayang.

Pagi ni ammboi memulakan perjalanan dari Putrajaya ke Pasir Mas. Cuti awal sedikit dan mungkin ada ramai juga yang cuti dan merancang perjalanan pada hari ini. Sebab Kelantan ni memang jem sikit kawan. Pengalaman paling teruk ammboi ialah masa cuti Perayaan Tahun Baru Cina tempohari, 16 jam perjalanan wooo. Tu Tahun Baru Cina tapi Melayu macam ammboi ni kalut-kalut cuti juga. Ni kan pula Hari Raya Puasa. Sedikit pesanan ammboi, pandulah dengan cermat dan penuh kesabaran. Tidur biar cukup dan pastikan kereta yang anda nak naik tu telah diservis mana patut dulu. Jangan main naik jer. Kepada kawan-kawan blogger semua, ammboi nak ucapkan SELAMAT BALIK KAMPUNG. Doakan perjalanan ammboi yer semoga selamat sampai semuanya. Amin.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.