Banda Aceh – Larangan Wanita Duduk Seperti Lelaki Ketika Membonceng Motosikal | Aceh merupakan salah sebuah bandar di Indonesia, dan akan menguatkuasakan undang-undang melarang wanita daripada duduk seperti lelaki ketika membonceng motosikal bersama lelaki. Menurut Datuk Bandarnya, pihaknya menganggap posisi tersebut tidak sopan untuk seorang wanita selain boleh membangkitkan nafsu lelaki.

Menurut laporan Kosmo Online, langkah itu diambil selepas pemimpin-pemimpin wilayah berkenaan mendraf beberapa rang undang-undang baharu termasuk melarang wanita berseluar ketat, merejam suami atau isteri yang berzina dan merotan pesalah homoseks. Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah. Di bawah undang-undang baharu itu, wanita di bandar Lhokseumawe, utara, Pulau Sumatera perlu membonceng dengan kedua-dua kaki mereka terjuntai di sisi motosikal.

INDONESIA-ISLAM-WOMEN-RIGHTS

Kata Datuk Bandar,  Suaidi Yahya, peraturan itu juga bagi melindungi wanita daripada sebarang perkara yang tidak diingini. Namun begitu, wanita-wanita dibenarkan duduk seperti lelaki jika motosikal berkenaan dikendalikan mereka. Bagaimanapun, katanya, mereka mereka perlu berpakaian sopan menurut cara Islam. Beliau merancang menghebahkan larangan itu dalam tempoh beberapa minggu lagi dan membincangkannya dengan ulama-ulama sebelum peraturan tersebut dikuatkuasakan.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.