Bangkai Buaya Tembaga Gergasi Sungai Selangor | Fuh, besar betul buaya ni. Nasib baik bangkai, kalau yang hidup belum tentu senang-senang nak bergambar macam ni. Sah-sah kena libas sedas dua baru boleh kan. Gambar dibawah merupakan bangkai seekor buaya tembaga seberat satu tan metrik yang ditemui di Sungai Selangor semalam.

Memetik laporan Kosmo!, seorang nelayan terkejut apabila mendapati objek yang disangka sebatang kayu terapung rupa-rupanya bangkai seekor buaya tembaga seberat satu tan metrik di Sungai Selangor. Lelaki tersebut menemui bangkai reptilia itu pada kira-kira pukul 9 pagi. Dia kemudian menarik bangkai tersebut ke Jeti Nelayan Kampung Bukit Belimbing di sini sebelum dia menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

buaya terdampar di kuala selangor

p/s: Mujur nelayan berkenaan jumpa yang dah jadi bangkai. Agak-agak ada lagi ke buaya seperti itu dalam Sungai Selangor?

Sumber gambar: Google

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.