Banjir 2012 – Jumlah Mangsa Meningkat | Menurut laporan Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga jam 10.30 malam tadi, Terengganu mempunyai jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 1,301 orang diikuti Pahang (915 orang), Kelantan (701 orang) dan Johor (16 orang). Kesemua tujuh daerah di negeri Terengganu terbabit dengan bencana alam berkenaan dengan 30 pusat pemindahan sementara dibuka di daerah Dungun (5), Setiu (12), Besut (2) Hulu Terengganu (7), Marang (2), Kuala Terengganu (1) dan Kemaman (1).

Di Pahang, tujuh pusat pemindahan dibuka iaitu lima di daerah Kuantan dan masing-masing satu di Pekan dan Rompin. Manakala di Kelantan pula, 14 pusat pemindahan dibuka di negeri itu termasuk tiga di Kota Baharu, satu di Machang, dua di Pasir Mas, dua di Pasir Puteh, tiga di Tanah Merah dan tiga di Kuala Krai.

banjir kilat kuantan disember 2012

Di Johor, jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di keempat-empat negeri itu meningkat kepada 2,933 orang berbanding 997 orang petang tadi.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.