Kecoh juga media sosial mengenai isu banjir yang melanda negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Paling kecoh apabila banjir yang begitu kritikal namun kerajaan masih enggan isytihar darurat bencana sebagaimana yang didesak oleh orang ramai.

Perdana Menteri dedah punca tak isytihar DARURAT – Hari ini, menerusi sumber berita, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada mengeluarkan kenyataan mengenai isu berkenaan. Tak tahulah samada ia menjawab pertanyaan orang ramai sebelum ini atau tidak.

PENGISYTIHARAN DARURAT BENCANA:

  1. Pengisytiharan Darurat Bencana, apabila perlu, dibuat secara peraturan pentadbiran dan eksekutif oleh YAB Perdana Menteri atas syor JPBP, tertakluk kepada undang-undang dan tatacara Kerajaan yang sedang berkuatkuasa.
  1. Apabila diisytiharkan sebagai Darurat Bencana, pengurusan Bencana serta bantuan dan Pemulihan kepada mangsa-mangsa Bencana akan dikendali dan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan mengikut Kementerian/Jabatan yang berkaitan.

Memetik laporan BH Online, Datuk Seri Najib Razak berkata darurat tidak diisytiharkan di negeri terjejas bencana banjir kerana ia akan membawa kepada kerugian kepada mangsa. Beliau berkata, pengumuman darurat akan menyebabkan mangsa banjir tidak dapat membuat tuntutan insurans terhadap kerosakan harta benda yang dialami mereka.

PERDANA MENTERI DEDAH PUNCA TAK ISYTIHAR DARURAT

Hmm.. Ada betul juga apa yang dinyatakan beliau. Namun begitu, tetap menjadi persoalan adakah pihak insurans cover atau tidak bencana alam seperti banjir ni? Sepengetahuan kami di ammboi.com, ada syarikat yang cover ada yang tidak. Bergantung kepada polisi syarikat berkenaan juga kan?

PERDANA MENTERI DEDAH PUNCA TAK ISYTIHAR DARURAT 2

Seperkara lagi, bukan semua orang yang terlibat dengan banjir ada polisi insuran. Kalau rumah orang kampung lagila rasanya tak ada kecuali rumah yang ada pinjaman bank dan sebagainya.

Apapun dah itu yang PM kita cakap, harap beliau juga tegas dengan syarikat insurans agar segera membantu mangsa banjir ini supaya semua tuntutan mereka dipermudahkan. Dalam pada itu, bagaimana pula dengan insuran yang terdapat pada penerima BR1M? Adakah ia cover untuk bencana alam? Mohon penjelasan pihak berkenaan. [Sumber gambar: Gambar terkini GUA MUSANG 27/12/14 dari Facebook AHMAD JAZIMIN]


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.