Banjir Pantai Timur 2012 – Hari Pertama Sekolah Mungkin Ditangguhkan | Menurut kenyataan dari Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan) Sufa’at Tumin, sesi persekolahan 2013, yang akan bermula 1 dan 2 Januari 2012 nanti mungkin akan ditangguhkan bagi sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir. Namun beliau berkata keputusan itu akan ditentukan Pengarah Pelajaran Negeri berdasarkan maklumat yang diterima melalui Majlis Keselamatan Negara dan Bilik Gerakan Banjir Negeri.

“Kita akan tengok keadaan. Tapi setakat ini kita masih belum buat sebarang keputusan kerana ada seminggu lagi sebelum sekolah bermula, mungkin banjir sudah surut dan sekolah dapat berjalan seperti biasa pada masa itu,” katanya dalam laporan Malaysia Digest.

BANJIR / SETIU

Sufa’at berkata persiapan yang sepatutnya juga sudah diambil bagi memastikan kelengkapan di sekolah tidak rosak akibat banjir termasuk kerusi, meja dan komputer.

Bagi sesi persekolahan kali ini, Sufa’at berkata Kelantan, Terengganu dan Kedah akan memulakan sesi persekolahannya pada Selasa depan dan berakhir 31 Dis tahun depan, sementara negeri-negeri lain akan bermula Rabu depan dan berakhir 1 Jan 2014. Beliau berkata ia melibatkan sejumlah 205 hari persekolahan termasuk cuti am dan jumlah cuti penggal sebanyak 84 hari.

Sejumlah 425,665 murid akan memulakan persekolahan Tahun Satu manakala 533,135 lagi akan memulakan persekolahan Tingkatan Satu, menurut pendaftaran setakat ini dan dijangka akan meningkat apabila sesi persekolahan bermula nanti. Katanya lagi, 23 sekolah baru akan beroperasi tahun depan iaitu 14 sekolah rendah, lapan sekolah menengah dan sebuah sekolah sukan di Sabah.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.