Bapa Aidil Kecewa Dengan Rita Rudaini? | Bapa Aidil, Abd. Razak, 64, kecewa ekoran kegagalan pelakon Rita Rudaini untuk menghantar wakil bagi menganggotai jawatankuasa pendamai sebagaimana arahan mahkamah. Abd. Razak yang hadir mewakili anaknya yang merupakan pemain bola sepak negara dan Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan berharap isu Rita dan Aidil dapat diselesaikan dengan segera.

“Saya berharap masalah mereka ini dapat diselesaikan dengan segera kerana lagi banyak masa diambil, bermacam-macam cerita yang tidak baik timbul. Saya sebagai orang tua mahu perkara ini diselesaikan dengan baik tetapi tindakan Rita ini (tidak menghantar wakil) menyebabkan saya berasa kecewa,” kata Abd. Razak yang dipetik daripada mStar Online.

aidil zafuan dan rita rudaini

Pada 25 Februari lalu, mahkamah telah mengarahkan satu jawatankuasa pendamai ditubuhkan selepas permohonan cerai Aidil terhadap isterinya dibantah oleh Rita. Rita dan Mohd. Aidil Zafuan bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan dikurniakan dua anak, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

p/s: Masa Aidil tak datang sedap pula Rita hentam, namun bila dia buat masalah ada sahaja alasan…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.