Apa sudah jadi? Sampaikan dengan darah daging sendiri pun tergamak buat kerja terkutuk ini. Subhanallah, diharapkan mereka ini benar-benar insaf dan kembali ke jalan Mu yang benar. Bukakanlah hati mereka untuk bertaubat.

Memetik sumber berita hari ini, seorang lelaki dihukum penjara setahun enam bulan dan denda RM2,500, manakala anak perempuannya didenda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Kota Bharu selepas mengaku salah bersekedudukan sehingga mempunyai tiga anak. Lelaki berusia 45 tahun dari Tumpat yang bekerja sendiri itu turut berdepan tambahan penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Anaknya berusia 25 tahun pula berdepan tindakan penjara enam bulan jika gagal membayar denda RM2,000 itu.

bapa bersekedudukan dengan anak kandung kota bharu kelantan

“Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha). “Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah, Kota Bharu, Abu Bakar Abdullah Kutty.

Dalam penghakimannya Abu Bakar turut mengeluarkan perintah supaya anak beranak itu tidak tinggal bersama dalam sebuah rumah untuk selamanya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu pada jam 1.30 pagi semalam bertempat di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Tumpat didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan anak perempuannya sehingga melahirkan tiga anak. Wanita itu pula pada tarikh, lokasi dan masa sama didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan bapanya sehingga melahirkan tiga anak. Berikutan itu, kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan (tidur sebilik antara bapa dan anak perempuan), jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda RM3,000.

Berdasarkan fakta kes, bertindak atas maklumat awam, penguat kuasa agama Tumpat membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat, sebaik sampai di kediaman itu didapati pintu rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam. Kemudian pintu rumah dibuka seorang lelaki dan pemeriksaan di sebuah bilik mendapati seorang lelaki serta seorang perempuan sedang tidur. Selain itu, terdapat dua kanak-kanak di samping mereka, hasil soal siasat didapati mereka mempunyai hubungan sebagai bapa dan anak (mahram).

Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah berkenaan, kira-kira jam 3 petang, semalam. Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan. Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.

“Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar. Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu,” kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.

Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka. Zaini berkata tertuduh perlu dijatuhi hukuman setimpal memandangkan perbuatan mereka yang keji.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.