Kecoh beberapa minggu lepas dengan tragedi seorang bapa bertindak kejam mengelar sehingga mati anaknya yang berusia 7 tahun. Selain mengelar anaknya itu, suspek turut menetak dua orang lagi anaknya dalam kejadian di rumah mereka di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Beliau kemudiannya ditahan berdekatan dengan rumahnya pada hari yang sama.

Semalam, lelaki berkenaan telah didakwa atas apa yang telah dilakukannya. Norazman Mohammad, 43, yang menerima rawatan di Hospital Kajang menyebabkan majistret, Abdul Jalil Salam Mohamad terpaksa berada di hospital itu. Norazman dituduh membunuh Zulaikha menggunakan parang. Dia juga berhadapan dengan dua dakwaan kerana menyebabkan kecederaan dan cubaan membunuh dua lagi anak perempuannya, Maryam, 10, dan Liyana, 12.

bapa kelar anak

Tiada pengakuan direkodkan bagi tuduhan pertama tertuduh tetapi tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan cubaan membunuh. Tiada ikat jamin bagi dakwaan pertama kerana ia merupakan kesalahan membunuh. Bagaimanapun, Norazman mohon untuk dibicarakan terhadap dua lagi pendakwaan. Jika disabitkan bersalah kerana membunuh Zulaikha, bapa itu akan berhadapan dengan hukuman gantung, manakala dua lagi dakwaan di bawah Seksyen 307 kerana cubaan membunuh, dengan setiap kesalahan dikenakan hukuman penjara 20 tahun.

Para pemberita tidak dibenarkan memasuki bangunan hospital kerana Norazman ditahan di wad pesakit lelaki. Timbalan pendakwa raya, S. Abivami memberitahu para pemberita bahawa tarikh mahkamah seterusnya pada 25 Februari. Norazman diwakili peguam, Nasar Khan, yang dilantik oleh isterinya.

p/s: Tak faham, kenapa isterinya masih bantu lantik peguam?


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.