Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ) | Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Ramzi Hassan yang terkorban selepas menyelamatkan dua orang anaknya dari lemas. Menurut sumber berita, kejadian berlaku di Sungai Ah Tong, Panching pada jam 12 tengah hari.

Memetik laporan Sinar Harian, Ahmad Ramzi Hassan, 40, dari Taman Tas lemas ketika cuba menyelamatkan dua anak perempuannya, Eva Syakila, 11, dan Eka Syakira, 7. Adik mangsa, Ahmad Borhan Hassan, 35, yang berada di tempat kejadian berkata mereka ke sungai itu sejak pagi kerana abangnya perlu menyelesaikan kerja di situ manakala kedua-dua anak mangsa yang mengikut mereka bermain di kawasan cetek.

lemas

“Saya berada di atas bukit, abang telefon beritahu ada banyak ikan dan minta saya bawa joran ke bawah, tiba-tiba saya terdengar jeritan kedua-dua anak saudara saya yang sudah berada di dalam sungai dan hampir lemas. Saya dan abang berenang untuk menyelamatkan mereka, saya berjaya membawa mereka berdua ke darat dan sempat memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada Eka Syakira,” katanya dalam laporan berkenaan.

Bagaimanapun, sebaik membuat CPR, Ahmad Borhan menyedari abangnya tidak naikke darat dan dia cuba mencari abangnya itu di sungai namun gagal sebelum meminta isterinya menghubungi pasukan penyelamat. Pihak bomba dan penyelamat tiba di lokasi tidak lama kemudian dan menjumpai mayat abangnya tidak jauh dari kawasan itu. Ahmad Borhan berkata arwah abangnya sering membawa anak-anaknya ke situ terutama pada waktu cuti sekolah.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Anuar Hassan berkata mayat mangsa ditemui pada jam 2.50 petang tidak jauh dari tempat dia dilaporkan hilang. Mayat Ahmad Ramzi dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat, katanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.