Subhanallah. Tiba-tiba tanpa di sangka mengalir pula air mata jantan ammboi apabila terbaca laporan mengenai nasib yang menimba bayi ini. Tak sangka masih ada lagi manusia yang kejam seperti ini. Tak, mereka bukannya manusia, tapi syaitan!

Memetik sumber info blog AmazingNara berdasarkan laporan dari portal berita ThaiVisa, seorang bayi perempuan berusia setahun setengah telah menjadi mangsa kerakusan seks bapa tirinya.

BAPA TIRI ROGOL BAYI BERUSIA SETAHUN SETENGAH BAI BUA 2

Kejadian berkenaan berlaku di Chonburi dan ia telah menggemparkan masyarakat Thailand. Bayi itu yang bernama Bai Bua dilaporkan telah dimasukkan ke hospital setelah dirogol, mengalami kecederaan parah seperti patah tulang di dua tempat dan mulutnya pula bengkak kerana di beri minum air panas.

Menurut laporan tersebut, kedua-dua ibu dan bapa tiri bayi itu telah ditahan polis. Si bapa tiri, Piya Phosang, 21, warganegara Thailand telah mengaku kesalahan merogol dan juga didakwa melakukan serangan yang menyebabkan kecederaan serius.

Manakala ibu kandung bayi berkenaan, Nit, 21, seorang warga Kemboja juga didakwa melakukan serangan sehingga menyebabkan kecederaan serius pada mulut bayi tersebut.

Keduanya muncul di siaran televisyen nasional beberapa hari lepas. Apabila pemberita bertanya jika si bapa tiri telah mengambil dadah atau alkohol sebelum mendera Bai Bua, dia mengatakan tidak.

BAPA TIRI ROGOL BAYI BERUSIA SETAHUN SETENGAH 1

Lelaki itu memberitahu polis dia melakukannya kerana perlukan seks dan dia hanya berhenti merogol apabila bayi itu menangis. Kedua-duanya telah meminta maaf atas kesalahan mereka.

Polis Nong Kham diberitahu mengenai jenayah tersebut malam Selasa minggu lalu oleh staf Hospital Laem Chabang yang mendakwa sedang memberi rawatan kepada bayi perempuan Kemboja berusia setahun lima bulan.

Bayi itu patah tulang tangan kanan, patah tulang peha kiri, kemaluannya koyak manakala mulut melecur dan bengkak kerana sering diberi munum air panas.

BAPA TIRI ROGOL BAYI BERUSIA SETAHUN SETENGAH 5

Ibunya memberitahu polis yang Piya tinggal di satu tapak pembinaan di Sri Racha, Chonburi. Khamis minggu sebelumnya dia keluar untuk membeli makanan tengahari dan apabila pulang, dia mendapati kemaluan bayinya cedera dan darah keluar dari kemaluan bayi itu.

Pada hari Ahad, satu perbalahan terjadi antara si ibu dan bapa tiri. Si ibu mendakwa Piya telah memijak perut bayi itu kemudian menggenggam kepala bayi itu sebelum menghempasnya ke lantai.

Dia kemudiannya memegang tangan Bai Bua dan menariknya sehingga tertanggal dari pangkal bahu. Si ibu berjaya melepaskan diri bersama bayinya tetapi masih tidak membawa bayi itu ke hospital.

Si ibu memberitahu pada hari Selasa bayi itu tidak berhenti menangis dan tidak bergerak. Dia kemudiannya memberi Bai Bua air panas yang dicampur air sejuk dalam botol.

Kemudian dia mendapati mulut Bai Bua mula bengkak dan terdapat kesan merah di dada bayi itu. Kemudian barulah si ibu membawa bayi itu ke hospital.

BAPA TIRI ROGOL BAYI BERUSIA SETAHUN SETENGAH BAI BUA

Piya mengaku telah merogol bayi itu setelah disoal siasat oleh polis. Dia mendakwa hanya inginkan seks, tetapi tidak sampai habis merogol bayi itu apabila si kecil itu mula menangis. Ibunya pula mendakwa yang dia tak sengaja memberi bayi itu minum air panas.

Polis daerah Chonburi, Amphob Buarapporn telah melawat bayi itu yang kini telah dipindahkan ke Hospital Chonburri. Para doktor mengatakan harapannya untuk hidup ialah 50-50.

BAPA TIRI ROGOL BAYI BERUSIA SETAHUN SETENGAH 2

Berdasarkan kepada sumber info terkini, ada yang menjelaskan bahawa bayi Bai Bua telah meninggal dunia, tetapi sehingga kini masih belum ada laporan rasmi mengenai kematiannya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.