Sebuah bas ekspres dua tingkat hangus terbakar dalam kejadian jam 1.45 petang tadi di Kilometer 32 Jalan Lipis-Merapoh, dekat FELDA Telang. Bas berkenaan yang dalam perjalanan  dari Puchong Prima ke Kota Bharu difahamkan membawa 41 penumpang.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, semua penumpang termasuk dua pemandu selamat dan tidak mengalami kecederaan. Bagaimapun barang seperti beg pakaian dan keperluan harian kepunyaan tujuh penumpang tidak sempat diselamatkan kerana api merebak ke seluruh bahagian bas dengan cepat.

bas transnasional terbakar di merapoh

Menurutnya lagi, siasatan awal mendapati kebakaran bas berpunca daripada enjin bahagian belakang mengeluarkan asap dan percikan api dan terus merebak ke keseluruhan bahagian bas. [myMetro]


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.