Baucar Buku 1Malaysia RM250 Dijangka Mula Diagihkan 1 Mac 2013 | Jika Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 dikhabarkan mula dibayar bermula Januari 2013, bayaran untuk bantuan Baucar Buku sebanyak RM250 pula akan diberikan kepada pelajar warganegara Malaysia di Institut Pengajian Tinggi (IPT), Institut Pendidikan Guru (IPG), kolej matrikulasi, Tingkatan Enam Atas dan setaraf yang aktif pada 1 Januari – 31 Mac 2013, di mana 157,149 pelajar didapati layak menerima kemudahan itu, dan tempoh penggunaan baucar adalah dari 1 Januari hingga 31 Mei 2013.

baucerbuku1malaysia

Apa yang peliknya, kenapa sampai Mac baru nak agihkan baucer berkenaan. Bila kata Januari hingga Mac ni sudah tentu ada yang kan menerimanya pada Mac. Pendaftaran pelajar sesi 2013 bermula Januari 2013 (untuk pelajar sekolah) dan sudah tentu terlalu lambat untuk mereka tunggu baucer berkenaan untuk membeli buku atau peralatan sekolah. Pemberian baucer kali ini juga dijangka tidak akan menepati sasaran kerajaan kerana baucer ini tentunya sudah tidak berapa berguna ketika pelajar menerimanya melainkan terpaksa menjualnya kepada pihak ketiga.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.