Bayaran khas RM3,000 seorang secara ‘one-off’ atau sekali saja kepada bekas kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan mula diagihkan esok bermula di Kelantan dan disusuli negeri lain. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek, berkata 560 orang akan menerima bayaran itu di Kelantan yang dijangka disampaikan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada satu majlis di kediamannya esok. Jadual Pembayaran Bayaran khas RM3,000 kepada bekas kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ada dibawah.

Tarikh Pembayaran Bayaran khas RM3,000 Kepada Bekas Kakitangan Kemas :

  1. 12 Mac 2012 – Sarawak (220 penerima)
  2. 14 Mac 2012 – Terengganu (257 penerima)
  3. 15 Mac 2012 – Johor (555 penerima)
  4. 18 Mac 2012 – Perlis (225 penerima)
  5. 19 Mac 2012 – Melaka (350 penerima)
  6. 20 Mac 2012 – Pahang (550 penerima)
  7. 21 Mac 2012 – Negeri Sembilan (233 penerima)
  8. 22 Mac 2012 – Kedah (550 penerima)
  9. 25 Mac 2012 – Perak (670 penerima)
  10. 28 Mac 2012 – Pulau Pinang (255 penerima
  11. Tarikh bayaran untuk Selangor (786 penerima) belum ditentukan
  12. Wilayah Persekutuan (120 penerima) belum ditentukan

Untuk pembayaran khas RM3,000 ini kerajaan memperuntukkan RM18 juta sebagai bayaran pengiktirafan serta penghargaan kepada 6,000 bekas kakitangan kontrak KEMAS. Bekas kakitangan KEMAS yang layak boleh berhubung dengan pejabat KEMAS atau PBKAM untuk mendapatkan borang permohonan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.